Pengerusi IKIM Dilantik Sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS)

Pengerusi IKIM Dilantik Sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS)

0 0

16 Julai 2024, Kuala Lumpur: Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty telah dilantik sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) pada 15 Julai 2024 ketika berlangsungnya Global MADANI Forum, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur mendapat pengikhtirafan itu sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, ilmu dan sumbangan besar beliau dalam bidang dakwah terutama di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Lantikan beliau diumumkan oleh Sheikh Ali Muhyiddin al-Qaradaghi yang merupakan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS).

Memetik Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM: Keprihatinan Umat dan Transfomasi Sosial’. Dr.Muhammad Nur menyatakan bahwa

Sesungguhnya dunia islam memerlukan pemimpin-pemimpin yang beramanah, ikhlas, berakhlak tinggi berbudaya ilmu, iltizam dengan perjuangan, Fattanah (bijaksana) serta berwawasan. Jika ciri-ciri sedemikian dapat dipenuhi, dunia islam pasti akan berubah dari keadaan yang daif, menjadi negara yang bermaruah

Diantara sumbangan penulisan dan wawancara beliau adalah berkaitan dengan Krisis Mesir: Kembalikan Demokrasi Di Mesir (2013). Fatwa Bughah dan Implikasinya dalam Masyarakat (2014). Menangani dan Memahami Pemikiran Ekstrem (2024), Liberalisme: Ancamannya Kepada Umat (2022) dan pelbagai lagi.

Bersama Almarhum Sheikh Yusuf al-Qardawi ketika beliau sebagai Presiden ABIM

Prof. Dato’Dr Muhammad Nur Manuty dilahirkan di Batu Kurau, Perak, mendapat pendidikan di Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Islam & Usuluddin pada tahun 1974, dan melanjutkan dalam bidang doktor falsafah di Universiti Temple, Amerika Syarikat pada tahun 1987.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1978-1983, Pensyarah Kanan & Professor Madya, Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada tahun 1983-1999, Pensyarah Pelawat, MIHE (Insitut Pendidikan Tinggi Markfield) Islamic Foundation, Leceister UK tahun 2005, Felow Kanan Akademik, Universiti Islam Selangor (Kolej Universiti Islam Selangor) 2008-2012, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) Terengganu pada tahun 2018-2020, kemudian dilantik sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah 2021- kini.

Beliu pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1991-1997. Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) 2006-2012, Ahli Lembaga Pengarah IKIM (1995-1999), Ahli Majlis Syura. Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2010 dan Ketua Majlis Istisyari WADAH, Kini Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa pada 08 May 2024 sejurus mengantikan Almarhum Pengerusi Emeritus. Prof. Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish