03 Julai 2024, Shah Alam: Kajian Survei Institut Darul Ehsan mendapati Pakatan Harapan berpeluang menang jika berjaya menarik 36% undi sokongan melayu dalam pilihanraya kecil Sg. Bakap yang akan berlangsung pada sabtu ini.
Melalui kajian lapangan yang dilakukan IDE Research Center, kajian ini melibatkan 12 orang pegawai (enumerator) yang terdiri dari pelajar univesiti iaitu , UPM, UITM, USIM, UKM dan UNISEL. Manakala sample diberikan rawak berstarta berdasarkan Daftar Pemilih INDUK 2024 (DPI) Dun Sg. Bakap mengikut dun, kaum dan umur.Kajian ini berlangsung selama empat hari bermula 19 Jun 2024 (sebelum penamaan calon) hingga 22 Jun 2024 (semasa penamaan calon).
Berdasarkan Survei Landskap Persepsi Rakyat Menjelang PRK DUN Sungai Bakap yang dijalankan oleh IDE dari 19 – 23 Jun 2024 dan pemantauan lapangan yang dijalankan, gabungan Perpaduan (PH/BN) didapati berpeluang untuk menang dalam dalam PRK Dun Sungai Bakap apabila sokongan menjelang pengundian didapati Pakatan Harapan mendahului dengan 53.2% berbanding 43.0% kepada Perikatan Nasional. Kedudukan sokongan ini boleh kekal jika beberapa prasyarat dipenuhi

Dalam senario ini PH berpeluang menang dalam PRK Dun Sungai Bakap jika memenuhi beberapa pra-syarat iaitu:
a) Berjaya menarik sokongan 36% undi Melayu. Berdasarkan kepada sokongan semasa dengan momentum kepada PH, maka gabungan Perpaduan (PH/BN) mampu menang dalam PRK kali ini apabila undi UMNO dilihat kembali mengukuhkan kepada gabungan Perpaduan.
Senario mampu diraih dengan tambahan beberapa situasi faktor yang membantu jika PH berjaya meyakinkan pengundi India khususnya di kawasan daerah mengundi iaitu DM: Sg. Bakap(20%) / Puteri Gunong (26%)/ Ladang Sempah (25%). Hal ini juga turut diperkukuhkan jika pengundi Cina kekal dengan jumlah maksimum keluar mengundi

ANAK MUDA SEBAGAI PENENTU POLA PENGUNDIAN
IDE juga mendapati sokongan anak muda kini berada di tahap seimbang antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional berbanding dengan undi yang diperolehi ketika PRU 15 Parlimen dan DUN. Untuk zon anak muda, pada pilihan raya lalu PN menguasai Daerah Mengundi (DM) Melayu berbanding DM Campuran yang dikuasai oleh PH.

Survei IDE mendapati responden lokal, berada dalam keadaan seimbang antara PH dan PN. Jika PH mampu untuk menarik 11% pengundi atas pagar anak muda kepada PH maka ini akan memberikan penambahan untuk menang dalam PRK Sungai Bakap. Namun, jika berlaku sebaliknya, boleh mengubah kemenangan kepada PN. Hampir 53.8 % pengundi DUN Sungai Bakap adalah dikalangan anak muda.
POTENSI CALON MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI
Kedua-dua calon, iaitu Cikgu Joohari Ariffin dan Abang Abidin Ismail mempunyai kekuatan tersendiri. Cikgu Joohari Ariffin mempunyai kelebihan dari sudut pendidikan khususnya beliau mempunyai latar pendidikan Universiti hingga ke PHD. Beliau juga seorang pendidik sebagai bekas guru. Pencalonan beliau dalam konteks parti dilihat oleh responden sebagai tiada sebarang masalah.
Faktor ANAK TEMPATAN dan CALON MESRA RAKYAT bagi kedua calon mempunyai kekuatan yang sama kuat antara keduanya bagi persepsi kebanyakan pengundi.

POSITIF TERHADAP AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL
Tahap kepuasan pengundi bagi ahli Parlimen Nibong Tebal dilihat positif khususnya kepada beberapa isu utama, melebihi 65% iaitu:
a) Membangun kemudahan infrastruktur;
b) Membantu masyarakat dari sudut bantuan dan sumbangan;c) Menggerakkan program bersama masyarakat.
Walaupun demikian, masyarakat mengharapkan komitmen YBM untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah infrastruktur seperti jalan raya, lampu jalan dan masalah air. Masalah tekanan air banyak dibangkitkan oleh pengundi di Sungai Bakap yang mengharapkan penyelesaian segera daripada pihak kerajaan. Pengundi mengharapkan ADUN yang bakal menang kelak mampu untuk memperjuangkan isu lokal demi kesejahteraan masa depan rakyat. Komitmen Kerajaan Pusat dan Negeri mencadangkan beberapa penyelesaian segera dilihat positif oleh pengundi.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur menggunakan inovasi apps IDE e Survei dan tablet. Kajian lapangan ini melibatkan 8 Daerah Mengundi di Dun Sungai Bakap. Kajian dijalankan selama empat hari pada 19 – 22 Jun 2024 (Rabu – Sabtu) sehingga hari penamaan calon. Survei bermula dengan Bengkel Enumerator yang bertempat di Auditorium IDE, Shah Alam bagi melatih dan memberi pendedahan kepada enumerator berkaitan kajian lapangan. Kajian lapangan ini diselia oleh (6) orang penyelia dan melibatkan 3 kumpulan enumerator. Ralat kesilapan 3.43% pada 95% tahap keyakinan. Kajian Survei Pilihan Raya Kecil DUN SUNGAI BAKAP merupakan kajian yang ke-106 dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) melibatkan temubual secara bersemuka dengan jumlah kumulatif seramai 222,690 orang responden.
Average Rating