30 Jun 2024, Bestari Jaya: Institut Darul Ehsan dijemput bersama-sama memeriahkan reruai Jelajah Hari Terbuka Malaysia MADANI, Unisel Depani pada 28-30 Jun 2024 di Padang Astaka, Tg. Karang, Selangor.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan vocal mania, sepak takraw, sukan rakyat . Malah turut mengadakan Solidariti untuk Palestin dengan program “all eyes on Rafah” yang menampilkan kumpulan Qasidah Shoutul Ehsaniyah, Ustaz Azizul Masdin dan selebriti dakwah, PU Rahmat sebagai host jemputan.
Pelbagai topik wawancara turut bersama, seperti Bicara Siddiq Fadzil yang disampaikan oleh Ustaz Lah dan Amin Idris. Segmen Sembang Budiman bersama Prof. Madya Dr. Hamdan, Datuk Dr. Budiman dan Man Raja Lawak. Program Meet dan Greet bersama Penyelaras Dun Permatang. Turut dipertandingan Perlawanan Persahabatan Mobile Lagend diantara Pilihan Terbaik UNISEL dan TKEC.
Turut dipertandingan Karaoke Vocal Mania dan Mini Konsert Malam Kita yang menampilkan Chombi, Ronnie Hussien, Sabhi Saddi, Reedzwann, Ezra Kairo dan Azreen Albakri. Menampilkan hos Man Raja Lawak.
Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya mewakili YB Datuk Haji Rizam Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Selangor. Turut bersama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan selaku Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor.
Jelajah ini turut disertai agensi kerajaan dan swasta antaranya Menteri Besar Selangor Pemerbadanan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, KDEB Waste Management, Institut Darul Ehsan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Yayasan Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre, Selangor FC, Perbadanan Perpustaakan Awam Selangor & Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KayaX.
#MalaysiaMADANI
Average Rating