27 Jun 2024, Serdang – Institut Darul Ehsan dijemput untuk menghadiri program anjuran Universiti Putra Malaysia bertajuk Siri Sidang Pakar Kepimpinan Belia ke-5 yang membicarakan secara khusus tentang ‘Kepimpinan Belia, Isu & Cabaran Masa Kini’ yang dibahaskan oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail selaku TNC Akademik UPM.

Beliau membahaskan secara mendalam tentang matlamat dasar belia Malaysia serta jurang dan peluang penyerlahan potensi sifat kepemimpinan yang perlu ada pada setiap belia di negara ini. Program ini bertujuan mengimarahkan semangat anak muda secara aktif sebagai rakan pembangunan negara.
Siri Sidang Pakar Kepimpinan Belia sebelum bertajuk Menggilap Kepimpinan Beliau Melalui Kesukarelawan yang menampilkan Dato’ Hj. Ahmad Azam Abd Rahman, Presiden WADAH Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) & Pesuruhjaya OIC-IPHRC dan Ir. Mohd Jamaludin Mohamed Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan atau Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs, singkatannya ACCIN.
Average Rating