26 Jun 2024, Putrajaya: Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ramlan Harun telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuatkuasa pada 26 Jun 2024.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan pada 26 Jun 2024, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Petuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almrhum Sultan Iskandar selaras perkara 114 (1), perlembagaan pesekutuan
Ramlan, 60, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Beliau juga berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan serta pentadbiran di peringkat negeri.
Antaranya, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri.
Datuk Seri Ramlan, 60, menggantikan Tan Sri Abd Ghani Salleh yang wajib bersara pada 09 mei 2024 selepas empat tahun mengetuai badan suruhanjaya berkenaan senjak ogos 2020.
Average Rating