Kuala Lumpur: Telah berlangsung bengkel “Future Studies Workshop 2024” di Hotel Berjaya Time Square yang menampilkan pelatih hebat bagi melatih daya pemikiran mampan selari dengan permasalahan dalam peredaran zaman.

Sepanjang bengkel itu berlangsung terdapat beberapa slot yang perlu menggerakkan peserta untuk bekerjasama dalam menghasilkan pola pemikiran yang baik untuk penambahbaikan yang dapat diguna pakai khususnya pada kemajuan negara.
Aktiviti bertukar pendapat diterapkan sesama peserta justeru membentang hasil perbincangan di khalayak ramai. Interaksi dua hala dengan melalui sesi soal jawab turut membantu penghasilan idea yang lebih baik.

Antara topik yang menjadi sebahagian tugas peserta adalah trending issue dan emerging issue. Pada topik ini, peserta-peserta perlu mengasak buah fikiran dengan menganalisa sejuah mana suatu perkara yang menjadi “trending” itu perlu dijauhi atau dikuatkuasakan kembali demi membendung permasalahan masyarakat.
Selain itu, sesi perbincangan dapat mengorak langkah masa hadapan negara yang lebih efisien dengan mengenalpasti kebaikan dan keburukan setiap cadangan.
Namun begitu, pada hari terakhir program, Pameran Era Pascanormal MADANI turut diadakan di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus memeriahkan pameran berkenaan. Beliau meluangkan masa dengan melihat pameran-pameran yang mempunyai keunikan tersendiri serta sidang media kira-kira selama satu jam. Pameran menampilkan karya yang mengetangahkan konsep MADANI, Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.
Pameran juga menampilkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk R.Ramanan, Pengarah Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS) Prof. Dr. Ziauddin Sardar serta Penolong Pengarah CPPFS, Scott Jordan.

Pameran akan berlangsung sehingga 10 November dan kemasukannya adalah percuma bagi menggalakkan kesedaran tersebar tentang zaman pascanormal yang kini diharungi masyarakat serta jasa Perdana Menteri dalam menjayakan pembaharuan dengan menitikberatkan kajian masa depan dan teori masa pascanormal. Tidak lupa juga, dunia pendigitalan yang kian menghantui setiap proses pembangunan negara di seluruh dunia.
Average Rating