26 Jun 2024, Hospital Cyberjaya: Pengurus Penyelidikan Institut Darul Ehsan, Encik Khairul Ariffin Mohd Munir telah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) bagi Hospital Cyberjaya. Lantikan ini melalui mesyuarat bilangan pertama untuk tahun 2024 dimana dihadiri 16 orang ALP yang telah bersetuju atas lantikan tersebut melalui sebulat suara atau undian terpilih.
Mesyuarat bersetuju melantik En. Khairul Arifin Mohd Munir sebagai Pengerusi, Dr. Pua Eng Teck sebagai Timbalan Pengerusi, Pn. Nazirah Mohamed Noordin sebagai Setiausaha dan En. Mohd Nor Shaiful Shaari sebagai Bendahari serta keanggotaan ahli seramai 12 orang menjadikan jumlah seramai 16 orang buat masa ini.

ALP ditubuhkan bertujuan untuk menghubungkan antara hospital dan kominiti setempat sekaligus menyumbang kepada keterlibatan dalam program-program yang memberi impak , manfaat kepada visi dan misi perkhidmatan kesihatan yang menjadi tunjang utama untuk Hospital Cyberjaya.
Turut bersama dalam mesyuarat ALP ini adalah, Dr. Shahabuddin bin Ibrahim, Pengarah Hospital Cyberjaya, Pn. Kaslina binti Ramli, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Dr. Faridatul Amla Sainal, Ketua Operasi Klinikal dan para urus setia mesyuarat.

Semoga lantikan ini memberikan satu amanah dan menyumbang kepada kebaikan dan manfaat untuk hospital dan masyarakat setempat. Tahniah diucapkan.
Average Rating