20 Jun 2024, Putrajaya – Institut Darul Ehsan menghadiri taklimat Pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya Sungai Bakap di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Putrajaya. Talimat ini dihadiri beberapa wakil NGO dan Orang Awam yang ingin pemerhati bagi SPR.
Taklimat ini membahaskan tentang peranan dan kod etika pemerhati dan proses pilihan raya oleh pegawai yang bertugas di Suruhanjaya Pilihan Raya. Secara umumnya, objektif utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran individu sebagai pemerhati pilihan raya.

Tambahan pula, ianya sebagai persediaan mengahadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 6 Julai 2024.
Average Rating