11 Jun 2024, Shah Alam: Setinggi-Tinggi Tahniah Diucapkan Kepada Encik Khairul Arifin Mohd Munir, Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan yang telah dilantik sebagai Panel Pakar Perunding Sekolah Wanita (SWAN)
SWAN atau Sekolah WANITA dilancarkan pada 07 Mei 2024 di Hotel Everly Putrajaya. Sekolah WANITA (SWAN) bakal melahirkan pemimpin wanita yang berilmu, ketrampilan dan berkeyakinan juga mampu menerapkan nilai keadilan dalam semua aspek kehidupan masa kini yang meliputi politik, sosio- ekonomi dan kepimpinan masyarakat.
Menerusi ciapan ringkas Pengetua Sekolah Wanita, Puan Yong Bazilah Abu Bakar
Wanita Harus Menjadi Sebahagian Daripada Pebuat Dasar Negara
“Sekolah ini pelengkap kerana kita wujudkan dengan satu iltizam dan semangat ini yang kita mahu gilap bersama kita sehingga kita berjuang, dan akhir sekali dapat menjadi kerajaan.
“Jadi idea sekolah ini adalah perjuangan untuk memberi pencerahan dan mencungkil (bakat muda) potensi untuk mengubah negara ini,” kata Dr Wan Azizah dalam perasmian majlis pelancaran SWAN pada 07 Mei 2024 di Everly Hotel Putrajaya.
Pendaftaran bagi kemasukan sekolah wanita kini dibuka kepada umum bagi yang ingin menyemai bakat dan ketrampilan dalam pesonaliti kempimpinan wanita masa kini.
Pendaftaran kemasukan Sekolah Wanita dibuka!
EMEL: sekolahwanita.malaysia@gmail.com
NO TEL: 019-554 9526
Ayuh mendaftar bersama kami!
Tempat adalah terhad!
Tarikh tutup Pendaftaran : 20 Jun 2024
Link Pendaftaran:- Daftar Sekolah WANITA (SWAN)

Average Rating