07 Jun 2024, UITM Shah Alam: Pengurus Kanan (Penyelidikan), Institut Darul Ehsan, Encik Khairul Arifin Mohd Munir membuat kunjungan balas hormat ke Perpustakaan Tun Abd Razak, Universiti Teknologi MARA (UITM) pada 07 Jun 2024 (Jumaat).
Turut hadir di dalam pembincangan ini adalah Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), dan dua staff pustakawan.
Pada 09 Mei 2024, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan membuat kunjungan hormat ke Institut Darul Ehsan bagi membincangkan kerjasama, strategik dan koleborasi diantara Perpustakaan Tun Abd Razak dan Mini Library IDE pada masa akan datang.
#MalaysiaMADANI
Average Rating