Sinopsis Ucapan PM Meluncurkan Modul dan Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI

Sinopsis Ucapan PM Meluncurkan Modul dan Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI

0 0
  1. YAB Perdana Menteri menyentuh tentang soal pembinaan generasi.
  2. YAB Perdana Menteri menyorot soal sejarah yang mana telah pudar semangat prihatin kepada kesejahteraan rakyat bagaimana sumbangan semua pihak yang Melayu sebagai tunjang dan penyertaan semua kaum dari semenanjung hingga Sabah Sarawak.
  3. Dari awal, kita harus bina kekuatan satu negara yang menjadikan kita istimewa.
  4. Generasi Muda khususnya boleh buat pilihan bagaimana masa depan negara. Kita boleh pilih nak perkotak katik atau lemahkan negara atau kita pilih kuatkannya dengan KEKUATAN yang ada.
  5. Ini mesej penting untuk mengukuh perpaduan kerana akan ada suara-suara atau kelompok yang membawa arah kebencian. Saya yakin anak muda akan memilih yang jalan yang terbaik.
  6. Modul ini juga mengambil kira tuntutan zaman. “Zeitgeist of time” (Zeitgeist is a word that comes straight from German — zeit means “time” and geist means spirit, and the “spirit of the time” is what’s going on culturally, religiously, or intellectually during a certain period.”
  7. Kita pilih PERBEDAAN KAUM DAN AGAMA ialah sebagai suatu Hikmah dan kekuatan.
  8. Meletakkan perbezaan sebagai NILAI – FII AHASANI TQAWIM ( فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ). Adakah kita ingin menjadi serendah-rendah kejadian bila kita terlibat dengan bathil.
  9. Penerapan NILAI ILMU dengan mengambil kira cabaran semasa dengan pelbagai cabaran baharu.
  10. Kita bersyukur kepada Allah yang berikan kita kekuatan dan kita ambil pengalaman dari sejarah kita.
  11. YAB Perdana Menteri mengajak kita kembali kepada landasan dengan semangat cinta dan keyakinan kepada negara. Keyakinan dengan DASAR SECARA JELAS.
  12. MALAYSIA adalah negara yang mengukuhkan perdagangan ekonomi denagan pelbagai projek perindustrian hingga kini. Syarikat semikonduktor, AI dan perindustrian baru masuk dalam negara ini.
  13. Tugas besar diamanahkan kepada Akademi Kenegaraan (AKM), harus tegas tidak mahu menjadi medan berpecah-belah dan kebencian. Ia harus menjadi tempat semai perpaduan.
  14. Surah al-Muzammil dijadikan pedoman untuk kita bangun dan menjalankan amanah ini dengan niat Ikhlas sebagai Hamba Allah. Melakukan pencerahan dengan “Qum Faanthir (قُمْ فَأَنذِرْ)” Bangunlah, Bangkitlah dan Sampaikan Peringatan. Tinggalkan sikap lemah dan cuai dan bobrok (Rosak).
  15. Bersih hati ini dengan zahir dan batinnya bukan hanya selogan tetapi menjadi tradisi baru untuk kita lakukan BERSAMA. TUGAS KITA BERSAMA.
  16. MARILAH BERSAMA kita bekerja. Saya yakin apa yang diungkapkan tidak mengganggu saya. Dunia bebas demokratik digunakan sepenuhnya. Masa untuk kita bertindak dan anak muda bangkit untuk masa DEPAN NEGARA.

About Post Author

Khairul Arifin

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish