30 Mei 2024, Kuala Lumpur: Institut Darul Ehsan bersama dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan WADAH Pencerdasan Umat membuat kunjungan hormat bertemu Sheikh Ali Al-Qaradaghi.
Pertemuan ini membincangkan isu-isu pembangunan Ummah, global dan Mengangkat Agenda Malaysia MADANI
Melalui hasrat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga bakal mengundang Sheikh Ali Al-Qaradaghi ke Global MADANI Forum yang bakal berlangsung pada Julai 2024.
Turut menyerahkan Buku Fiqh Al-Mizan (Edisi Bahasa Malaysia) yang diterjemahkan oleh al-Fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil Noor. Buku ini merangkumi tiga bab melalui dasar kitab; Menghuraikan definisi Fiqh al-Mizan, dalil pensyariatan, kedudukan dalam ranking ilmu serta sejauh mana status baharu ilmu ini sama ada ia sudah wujud sejak zaman salaf: Membahaskan perlaksanaan dan pengaplikasian Fiqh al-Mizan terhadap waqi’ (realiti); dan Membahaskan empat bentuk pelaksanaan nas-nas al-Quran pada Mizan Perdamaian dan Mizan Peperangan secara amali.
#MalaysiaMADANI
Average Rating