26 Mei 2024: Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan Pameran Era Pasca-Normal MADANI (Postnormal Times Madani Exhibition) yang berlangsung di tingkat 10, West Wing, Berjaya Times Square bermula 26 Mei 2024 hingga 10 Nov 2024. Bersama mengiringin YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Rri Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corperation Berhad.
Pameran ini mengetengahkan tentangan era pasca normal yang dihadapi sewatu situasi kucar-kacir yang rumit selain menguji ketahanan diri untuk mengekalkan aspek kerohanian diantara masyarakat zaman kini.
Diantara artis yang mengambil bahagian iailah pengukir Liu Cheng Hua yang mempamerkan “Golden Shaft” sejenis peralatan perlombongan emas yang diperbuat daripada buluh sumber tempatan untuk digunkan secara meluas di Raub, Pahang, pada 2014.
Turut dipamerkan ialah karya seni bertajuk Manusia keperluan Manusia, Panorama dan Aku Bukan Pendatang oleh Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran.
Pameran ini turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan, Pengarah Pusat Kajian Hadapan Dan Polisi Pascanormal (Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS), Prof. Dr. Ziauddin Sardar, Timbalan Pengarah CPPFS, Scott Jordan, Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Fauzan, Pengerusi IAIS, Dr. Mazlee Malik dan Pengarah Institut Darul Ehsan, Tn. Hj Amidi Abd Manan.
#MalaysiaMADANI
Sumber Gambar: CPPFS
Average Rating