24 Mei 2024: Majlis Konvensyen MADANI 2024 anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Intipati ucapatama pertama oleh YBhg Prof Dato Dr Muhammad bin Manuti, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang bertemakan MADANI dan Kenegaraan Islam. Dr. Mohammad Nur Manuty menitipkan satu pesanan dari Allahyarham Dr. Kamal Hassan
Sekarang ini zaman ini, waktu ini generasi kini, mereka tidak boleh hanya disudut dengan pembacaan rujukan Asyairah dan juga Matulhujjah semata, Sebaliknya diperlukan satu makna buku buku yang perlu didedahkan bahwa islam itu adalah satu cara hidup yang bermula daripada aqidah, syariah, akhlak , kenegaraan, society, Madani yang juga telah dibicarakan oleh Sheikh Muhammad Abduh”
Sesi Pembentangan kertas kerja pula dibentang oleh beberapa panel yang berpengalaman dalam bidang dan kepakaran oleh para pembentang. Teknologi dan Media Sosial dalam Membentuk Minda MADANI di bentang olehYBhg. Prof. Dr Shahrin Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM). Madani: Pendidikan dalam Pembinaan Tamadun dibentang oleh YBhg. Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied, Pensyarah Kanan University of Singapore dan YBhg. Dr Mohamad Nazli Omar, Pensyarah Kanan Keilmuan Islam, Universiti Melaka.
Sesi Petang pula dibentang oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman bin Bakar , International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), International Islamic University Malaysia (IIUM) yang bertajuk Malaysia MADANI dan Falsafah Pembinaan Negara Bangsa. YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Keyakinan & Intergriti dalam Pembinaan Malaysia MADANI. Terakhir YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Pengarah The International Institute of Islamic Thought (IIIT) East Asia pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Daya Cipta & Kecerdasan Buatan (AI) Memperkukuhkan Malaysia MADANI.
Buku Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi diberikan secara percuma kepada para peserta. Buku tersebut telah disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk diedarkan secara percuma kepada para peserta yang hadir.
Keterlibatan Institut Darul Ehsan secara langsung dalam perjualan buku-buku berkaitan MADANI dan pelbagai koleksi buku Siddiq Fadzil.
#MalaysiaMADANI
Average Rating