25 Mei 2024: Majlis Konvensyen MADANI 2024 anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Penutupan Konvensyen MADANI disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di iringi oleh YAB Datuk Seri Utama Abdul Rauf Yusof, Ketua Menteri Melaka.
10 Resolusi dibentang oleh YAB Ketua Menteri Melaka, diantaranya teknologi, media sosial dalam membentuk minda madani, Pendidikan dalam pembinaan tamadun, daya cipta, inovasi & kecerdasan buatan iaitu AI, keindahan islam dalam membangunkan Malaysia Sejahtera.
YAB Ketua Menteri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian mengunjung ke Negeri Melaka, selain konvensyen Madani, Perdana Menteri turut merasmikan Himpunan Belia Negara yang bertempat di Bandar Hilir.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulas Konvensyen MADANI ini dengan bicara mengungkap pemikiran dan pemikir terulung Jepun ketika lawatan beliau di Jepun baru-baru ini. Toshihiko Izutsu adalah pemikir ulung dan mengenali karya beliau ketika berada di dalam ABIM.
“Kekuatan Al-Quran yang disebut sebagai kekuatan asas yang meletakan prinsip moral atau akhlak yang tetap tidak boleh diganjak dirungkai dan ganjak walaupun berbeda perbezaan zaman”
Tambahnya lagi,
“Kerangka madani ini, kita bukan hanya berbicara dalam satu vakum. Lombongan bukan hanya berbicara dari satu kelompok atau khalayak yang sudah faham atau komited tetapi berdepan dengan suasana yang lebih terbuka. Malaysia adalah masyarakat majmuk, majoriti islam, Islam agama persekutuan, program-program islam dihayati, ada kesungguhan untuk melaksanakan beberapa instrumen islam.
Anwar Ibrahim- Konvensyen MADANI 2024
Konvensyen MADANI 2024 dihadiri hampir 800 peserta dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri Melaka, badan-badan pertubuhan Negeri Melaka, NGO-NGO Islam dan orang awam.
Buku Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi diberikan secara percuma kepada para peserta. Buku tersebut telah disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk diedarkan secara percuma kepada para peserta yang hadir.
Keterlibatan Institut Darul Ehsan secara langsung dalam perjualan buku-buku berkaitan MADANI dan pelbagai koleksi buku Siddiq Fadzil.
#MalaysiaMadani
Sumber Gambar: WADAH/ Nuur Farhana
Average Rating