11 Mei 2024, IYC Cheras: Institut Darul Ehsan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sahabat Asatizah Malaysia mengadakan Seminar Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI
Seminar ini juga menegaskan agar nilai-nilai kesederhanaan, keadilan, kemuliaan insan yang selari dengan ajaran Islam disebarkan dan difahami dengan sesungguhnya bagi meneguhkan fikrah MADANI yang menjadi teras pentadbiran negara pada hari ini.
Tiga resolusi utama diusulkan untuk mengiktiraf Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI adalah:
1. Menghargai dan mengiktiraf peranan ulama dalam membina
Malaysia MADANI
2. Menerbitkan bahan rujukan bagi mengangkat peranan ulama dalam membina Malaysia MADANI
3. Menjadikan dokumen Arus Perjuangan : Garis-garis Besar Gagasan Islam sebagai asas untuk menghayati Islam sebagai teras dalam membina Malaysia MADANI
Disamping itu, masyarakat diseru agar penularan pemikiran yang menjurus kepada asabiah yang sempit dan berteraskan kelompok tertentu yang berpotensi menggugat perpaduan dan menjejaskan keharmonian masyarakat diberikan perhatian oleh pihak berwajib untuk mengawal dan mencegahnya dari menjadi barah dalam negara.
Ucapan penghantar dan Peranan Sheikh Tajudin al-Jarumi dibentang oleh Dr. Norazlan Hadi Yaacob merupakan Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan & Kewarganegaraan dari Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.
Perasmian penutup oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Average Rating