11 Mei 2024, IYC, Cheras: Ahli Parlimen Bandar Tun Abd Razak, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan penutup perasmian Seminar Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI menegaskan, mencontohi semangat para ulama harus diterapkan nilai-nilai Islam dikalangan masyarakat sejagat di Malaysia khususnya.
Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir di dalam Seminar Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI pada 11 Mei bertempat di Pusat Antarabangsa Belia , di Cheras.
Ringkasnya lagi , satu pemikiran islam yang lebih mendalam untuk mendidik masyarakat harus dikembangkan dan perlu diperluaskan lagi untuk mengubah hidup dan tamadun manusia berteraskan al-Quran dan sunnah.
Beliau juga mengenang beberapa sahabat dalam mengembangkan Islam di era 80-90an di Malaysia khususnya, Datuk Syed Azmi , Ketua Hakim Syariah Wilayah Persekutuan ketika itu, Almarhun Ustaz Fadzil Noor, Mantan Presiden Pas , Almarhum Ustaz Niamat Yusuf, Pengasas Mahaad Tarbiah Islamiah dan beberapa ulama lagi yang patut dicontohi kepada masyarakat zaman kini.
Malah, beliau juga mengangat peranan wanita dalam ulama , menceritakan detik Sadatina Asma’ Abu Bakar membawa makanan kepada Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar ketika hijrah. 5 Wanita dalam peranan ulama yang pernah membantu Nabi SAW dan Sahabat pada ketika itu yang patut dijadikan contoh dan menghayati hidup sebagai pejuang.
Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberikan ucapan penutupan perasmian dan resolusi seminar disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan, Tn. Hj Amidi Abd Manan.
Average Rating