YB Menteri Pendidikan Malaysia Tampil Dalam 5th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being
02 Mei 2024, UPM : Institut Pengajian Sains Sosial, (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan siri syarahan 5th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS) yang menampilkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
YB Fadhlina turun menyampaikan syarahan yang bertemakan Cultivating Empathy & Compassion through Education for Youth Wellbeing.
Dalam mengupas syarahan tersebut, beliau mengungkapkan bertapa pentingnya memupuk empati dalam mengukuhkan pembangunan belia dalam asas pekembangan pendidikan akhlak yang sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Siri kelima ini dianjurkan oleh Institut Pengajian Sains Sosial, (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjsama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Institut Darul Ehsan (IDE).
Fadhlina juga turut merasmikan buku Komik Sukan Bersih yang dihasilkan oleh penyelidik IPSAS dan When Love Heals Hate yang ditulis oleh Pemikir IPSAS, Dr. Murni Wan Mohd Nor.
Ehsan Gambar: UPM & IDE





Average Rating