Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan, antara prakarsa bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Fungsi akademi ini antara lain melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif, selain memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan.
Hatta ia juga dapat membangun kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta membangun kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan berkualiti tinggi.
Mesyuarat ini antara lain bersetuju agar Akademi Kenegaraan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI
Ucapan setinggi tinggi tahniah kepada
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan
telah dilantik sebagai
Ahli Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan,
Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri
Average Rating