29 Feb 2024 : JAKIM dengan kerjasama ISTAC-IIUM telah menganjurkan satu Seminar Dari Perspektif Maqasid ke Arah Kemampanan Tadbir Urus yang Baik. Seminar ini berlangsung di Main Hall ISTAC-IIUM di Bukit Tunku pada 29 Feb 2024.
Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Tuan Hj. Amidi Abd Manan, diundang sebagai Panel Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspeksti Maqasid Shariah kearah Kemampanan Tadbir Urus Yang Baik.
Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya kepada semua pembuat dasar kefahaman dan kepntingan aplikasi maqasid shariah itu sendiri.
Seminar ini turut berlangsung dengan sidang pleno yang disampaikan oleh Prof. Dr. Jasser Auda, Pengerusi Maqasid Institute Global dengan tajuk, “Promoting Maqasid Methodology as a New Approach Towards Sustainability of Policymaking”
Penutup seminar dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naim Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
#MalaysiaMadani


Average Rating