Kuala Lumpur: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-7, Tun Pehin Taib Abd Mahmud meninggal dunia hari ini di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Berita duka ini disahkan oleh anak bongsu beliau, Datuk Hanifah Hajar di Facebook pagi ini.
“Kembalinya ayahanda Datuk Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah.” – Facebook Datuk Hanifah Hajar.
Karier Politik Almarhum Taib bermula 1963 dan pernah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri pada tahun 1963-1966, Menteri Pembangunan dan Hutan pada tahun 1967 bagi Kerajaan Negeri Sarawak pada Ketika itu. Bagi Jawatan dalam Kerajaan Persekutuan, Almarhun Tun Taib Mahmud pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972), Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974)
Almarhum Taib merupakan bekas pengerusi Parti Berjasa Sarawak 1964 dan Presiden Parti Persaka Bumiputra Bersatu. Beliau juga adalah mantan ahli Parlimen Samarahan semalam tiga penggal dari tahun 1970-1978. Mantan Adun Sebadi (1983-1987), Mantan Adun Asajaya (1991-1996) dan Mantan Adun Balingian (2001-2011).
Almarhum Tun Taib Mahmud pernah memegang jawatan portfolio sebgai Ketua Menteri Sarawak (Priemier Sarawak) dari 26 Mac 1981 – 28 Feb 2014. Portfolio terakhir Almarhum Tun Taib adalah Yang Dipertua Negeri Sarawak Ke- 7 dari tahun 2014- 2024.
Jenazah Almarhum Tun Taib Mahmud akan di tempatkan di Masjid Negara Kuala Lumpur, sebelum dibawa pulang ke tanah airnya , Sarawak pada hari ini.
“Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,”
Average Rating