Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.
Maksud Israk dan Mikraj
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah SWT:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Al-Isra’, Ayat 1)
Tarikh Berlakunya Israk Wa Mikraj
Peristiwa ini telah dilalui Rasulullah s.a.w. pada 27 Rejab, tahun ke-10 kerasulan Baginda,* iaitu bersamaan tahun 621M.
Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah, di mana tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.
*NOTA:
Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat tentang tarikh berlakunya isra’ mikraj. Menurut penerangan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, peristiwa ini berlaku pada :
Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.
Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.
Dua tahun sebelum hijrah.
Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.
Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.
Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj
ISRAK
Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam di belah Dada Nabi untuk Kali kedua. Di cuci hati nabi, kotoran zahir dan batin di isi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.
MIKRAJ
Dari Baitul Maqdis naik ke langit
Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di setiap tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
Langit 2, berjumpa Nabi Isa dan Yahya
Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
Langit 4, berjumpa Nabi Idris
Langit 5, berjumpa Nabi Harun
Langit 6, berjumpa Nabi Musa
Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim
Melawat Syurga dan Neraka
Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
Naik ke sidratulmuntaha
Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
Naik bertemu Allah, Jibril tidak mengiringi Nabi.
KISAH PENSYARIATAN SOLAT PADA MALAM ISRA’ MIKRAJ
Peristiwa Isra’ dan mikraj yang dialami oleh Rasulullah SAW mempunyai banyak ibrah. Antara hikmah dari ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini adalah kewajipan solat 5 waktu yang diterima daripada Allah SWT secara terus tanpa perantaraan malaikat.
Sumber: https://ecentral.my/peristiwa-israk-mikraj-ringkas/
Average Rating