16 Jan 2024 (Selasa) :
Institut Darul Ehsan menerima kunjungan dari Saskawa Peace Foundation di Pejabat IDE, Shah Alam.
Delegasi Saskawa Peace Foundation diketuai oleh Dr. Atsushi Sunami, Presiden dan Prof. Dr. Akiko Horiba, yang merupakan Pengarah Program Asia Peace Initiative di Saskawa Peace Foundation.
Pertemuan ringkas ini, IDE membawakan agenda Malaysia MADANI yang diterajui kini oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerangkan enam rukun penting bagi membawa agenda MADANI ini sampai pelusuk masyarakat di Malaysia bahkan di asia tenggara. Enam rukun madani bakal diperkenalkan dalam buku MADANI edisi bahasa Jepun yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Hubungan antara dua pihak ini telah dijalinkan sejak 2019 apabila IDE telah dijemput ke Tokyo bagi membincangkan isu keamanan dan demokrasi Asia Tenggara.
Sebelum ini, Delegasi IDE yang di ketuai oleh Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman telah menerima kunjungan Tan Sri Yohei Sasakawa, Chairman of the Nippon Foundation bersama delegasi beliau pada 18 Mei 2022.
Pengarah Eksekutif IDE, Tuan Hj Amidi Abd Manan turut memberikan buku SCRIPT (MADANI) kepada Dr. Atsushi Sunami.






Average Rating