11 Mei 2023, Shah Alam:
Prof Dato’ Dr Osman Bakar dalam ucap utamanya mengfokuskan kepada konsep dan bagaimana untuk menguruskan kepelbagaian. Beliau memulakan dengan mengemukakan 4 persoalan meliputi aspek, (1) Latarbelakang Sejarah dan konsep, (2) Memahami makna MADANI dan pendekatannya, (3) Memahami konsep kepelbagaian dalam kesatuan, (4) Bagaimana cara untuk menangani dan mengurus kepelbagaian dalam masyarakat manusia?.
Wacana dalam dekad 1970an, memperlihatkan perjuangan tokoh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melaungkan suara masyarakat Madani melalui penglibatan beliau di PKPIM dan ABIM. Dalam dekad tersebut wujud tema-tema masyarakat Madani.
Wawasan Malaysia MADANI YB Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu wawasan kenegaran dan falsafah sosial. Istilah madani membawa makna bertamadunan dan ciri-ciri ketamadunan khasnya yang berkaitan dengan hal-hal kekotaan. Amat rapat talian antara MADINAH dan MADANI. 300 tahun kepimpinan Islam membina Tamadun. Mereka bukan berteori semata tetapi melaksanakannya secara praktikal. Ciri-ciri MADANI cukup banyak khususnya yang mengembangkan karya al-Farabi, Madinatul al-Fadhilah. Al-Farabi bercakap soal madani menghasilkan masyarakat yang bahagia. Piagam Madinah adalah lambang kepada negara Madani yang kita bicarakan. Ia boleh dibincangkan dari pelbagai perspektif termasuk konsep Madinah sebagai satu umat yang merangkumi pelbagai agama yang lain. Piagam ini mengangkat ruh piagam yang memelihara hak asasi semua kaum, memelihara kesatuan umat dari berbilang kepercayaan (agama) dan menekankan kepentingan dan tanggungjawab bersama.
Memahami pendekatan Madani merupakan suatu bicara penting yang harus dibincangkan. Pendekatan Madani adalah pendekatan ketamadunan yang merangkumi pelbagai khasnya yang utama ialah:
a. Pendekatan kelilmuwan atau ilmiah, berdasarkan ilmu.
b. Pendekatan Tauhidi (kesatuan)
c. Pendekatan syarie.
Kepelbagaian ini harus diurus dengan ilmu sebagai teras utama, jangan hanya kita bereksperimen. Ilmu menjadi teras dalam membentuk manusia. Kunci kepada dialog antara budaya supaya diperbanyakkan aktiviti dengan pendekatan yang benar dan tepat.
Catatan daripada pembentangan Ucap Utama oleh panitia
Muat Turun Slaid Pembentangan Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar :
Average Rating