Mukaddimah
Persoalan agama dan kedamaian dalam kehidupan manusia pada masa kini terus menjadi perbincangan hangat di seluruh dunia. Perkembangan mutakhir jelas menunjukkan bahawa persoalan ini wajar diberikan perhatian serius seandainya kita mahu melihat warga dunia dapat hidup dalam kedamaian tanpa berlakunya sebarang peperangan, pembunuhan, kelaparan, ketidakadilan sosial, kezaliman dan lain lain bentuk kebejatan moral. Wacana wacana tentang fiqh at ta’ayush atau hidup bersama dalam budaya damai wajar menjadi salah satu keutamaan dalam membina semula tamadun khayru ummah secara umum dan gagasan Malaysia Madani dalam konteks Malaysia.
Konsep al Salam (Kedamian hidup) Di Dalam Al Qur’an
Perkataan al salam terdapat di dalam al Qur’an sebagai ucapan penghormatan l
Kepada orang orang Islam yang membawa maksud sejehtera. Firman Allah SWT: “Ucapan penghormatan oleh Allah SWT kepada mereka pada hari menemui Nya ialah ucapan yang sejehtera.” (Surah al Ahzab 33: 34).
وَٱذۡكُرۡنَ مَا يُتۡلَىٰ فِي بُيُوتِكُنَّ مِنۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ وَٱلۡحِكۡمَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا ٣٤
34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.
Antara nama-nama Allah SWT di sisi orang orang Islam ialah al Salam, Dialah al Malik (raja), al Quddus (Maha Suci) dan al Salam (sejehtera). Selain itu, antara nama-nama masyhur di kalangan umat Islam ialah Abdul Salam dan Dar al Salam yang dirujuk sebagai nama syurga pada hari Akhirat. Firman Allah SWT: “…bagi mereka syurga Darussalam (tempat tinggal yang aman sejehtera di sisi Tuhannya kerana amal kebajikan yang mereka kerjakan.” (Surah al ‘Anam 6: 127).
۞لَهُمۡ دَارُ ٱلسَّلَٰمِ عِندَ رَبِّهِمۡۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٢٧
127. Bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan.
Sirah Rasulullah SAW Dalam Kedamaian Hidup Bersama
Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan teladan mulia dalam menghayati kedamaian hidup bersama antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Beliau sangat mementingkan manusia dapat berada dalam sebuah kehidupan yang aman damai. Justeru, Rasullah sendiri menunjukkan budaya lemah lembut dari tingkah laku (al rifq), suka memberi kemaafan, bersikap toleransi (tasamuh) Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang panjang terutama sekali semasa berjuang di kota Mekah bagi mencapai tujuan keamanan dan kedamaian. Para pengikut setia Islam termasuk para sahabat telah berjaya mengatasi pelbagai jenis penderitaan yang sangat luar biasa seperti kezaliman, perseteruan dan penghinaan. Sesungguhnya para sahabat telah dapat bersabar sehingga mereka tidak ada pilihan kecuali mengangkat pedang. Ketika Islam mengizinkan perang untuk membenteras permusuhan serta mempertahankan diri serta agama, Nabi Muhammad SAW telah melakar pelbagai peraturan. Ini jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mahu kepada kepada perdamian. Dalam hubungan ini, Islam menekankan prinsip yang disebut oleh Sayyid Qutb, tokoh ilmuan Islam terkenal iaitu “al silmu qa’idah wal harbu darurah” (kedamian adalah satu kaedah, peperangan adalah keperluan).
Kaedah al Qur’an Dalam Mewujudkan Kedamian
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨
“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya sayitan itu bagi kamu adalah seteru yang nyata.” (Surah al Baqarah: 208).
Ayat tersebut adalah satu seruan supaya semua orang memasuki agama Islam. Perkataan al silm menuntut setiap seorang Muslim menghadap dirinya kepada Allah SWT bagi menerima kedamian. Selain itu, al Qur’an menggunakan lafaz “al Islam”, ianya juga digunakan dalam lafaz yang disebut sebagai “al Risalah al Muhammadiyyah”. Selanjutnya, terdapat beberapa ayat al Qur’an yang menunjukkan kepentingan menghayati prinsip aman damai. Hal yang sedemikian dapat dilihat dalam Surah al Anfal: 61
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١
61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Tetapi jika mereka condong jepada perdamian, maka terimalah dan bertawakallah kepada Allah. Sugguh, Dua Maha Mendengar, Maha Mengetahui”. Selain itu, dalam Surah al Nisa’: 90
إِلَّا ٱلَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوۡمِۢ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَهُم مِّيثَٰقٌ أَوۡ جَآءُوكُمۡ حَصِرَتۡ صُدُورُهُمۡ أَن يُقَٰتِلُوكُمۡ أَوۡ يُقَٰتِلُواْ قَوۡمَهُمۡۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَسَلَّطَهُمۡ عَلَيۡكُمۡ فَلَقَٰتَلُوكُمۡۚ فَإِنِ ٱعۡتَزَلُوكُمۡ فَلَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ وَأَلۡقَوۡاْ إِلَيۡكُمُ ٱلسَّلَمَ فَمَا جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمۡ عَلَيۡهِمۡ سَبِيلٗا ٩٠
90. (….Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi mu, serta menwarkan PERDAMAIAN kepadamu (menyerah) maka Allah tidak memberi jalan untuk menawan dan membunuh mereka,
Selanjutnyam dalam Surah al Tawbah: 7, Allah SWT menyatakan:
كَيۡفَ يَكُونُ لِلۡمُشۡرِكِينَ عَهۡدٌ عِندَ ٱللَّهِ وَعِندَ رَسُولِهِۦٓ إِلَّا ٱلَّذِينَ عَٰهَدتُّمۡ عِندَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۖ فَمَا ٱسۡتَقَٰمُواْ لَكُمۡ فَٱسۡتَقِيمُواْ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِينَ ٧
“Bagaimana mmungkin ada perjanjian aman disisi Allah dan Rasul Nya dengan orang orang Musyrik, kecuali dengan orang orang yang kamu telah telah mengadakan perjanjian dengan mereka di dekat Masjid ak Haram, maka selama mereka berlaku jujur terhadapmu, Kamu berlaku jujur pula terhadap mereka. Sungguh Allah menyukai orang orang yang bertaqwa.”
Perlembagaan Madinah Dan Sulh al Hudaibiyyah
Perlembagaan Madinah menunjukkan Rasulullah SAW tidak membuang masa sebaik sahaja tiba di Madinah. Beliau telah meletakkan asas-asas persefahaman untuk hidup dan jaminan bersama, mengkanunkan pelbagai hak dan , tanggungjawab madani dan jenayah dalam kalangan warga kota Madinah. Penduduk Madinah pada masa itu terdiri dari orang muhajir, mushrik, dan Yahudi. Ulama Islam semasa menamakannya sebagai Perlembagaan Islam yang pertama. Ibn Ishak mencatatkan seperti berikut” Rasulullah SAW telah menulis satu perjanjian antara warga Muhajirin dan Ansar. Rasulullah SAW mengundang Yahudi dan membuat perjanjian dengan mereka bahawa agama dan harta benda mereka adalah kekal seadanya, serta meletallan syarat keatas diri mereka dan dirinya sendiri (Rasulullah). Sesungguhnya kesahihan peruntukan terpenting yang terdapat dalam perjanjian ini diambil dari riwayat riwayat para muhaddith serta penulis kitab kitab sirah Nabawi. (al Raisuni 24 – 27). Sesungguhnya Perlembagaan Madinah adalah dokumen kenagaraan pertama dalam sejatah peradaban manusia yang telah ditulis. Profesor Ismail al Faruqi, tokoh sarjana Islam terkenal menyebut Perlembagaan Madinah sebagai Pax Islamica.
Selain itu, Sulh al Hudaibiyyah sangat terkenal dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW bertekad untuk mencari jalan perdamaian dengan orang orang Quraish dimana beliau sanggup berjalan sehingga ke hujung sempadan demi tercapainya perdamian dan keseheteraan.
Implikasi dari Sulh al Hudaibiyyah yang telah termetrai pada tahun keeanam antara Nabu Muhammad SAW dengan Suhail ibn Amr yang ketika itu mewakili majoriti warga Mekah. Perjanjian ini dinilai oleh banyak sahabat Nabi sebagai sangat menguntungkan lawan, walau banyak ilmuan al Qur’an yang kemudian menilai bahawa Allah SWT menamainya fath mubin (kemenangan yang sangat jelas bagi kaum Muslimin.
Firman Allah SWT: “Sungguh Kami telah memberikan kemenangan yang nyata.” (Surah al Fath: 1).
إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحٗا مُّبِينٗا ١
Sesungguhnya Allah SWT telah menujukkan kepada Nabi Muhammad SAW jalan yang lurus.
Kompromi besar Nabi Muhammad apabila perkataan Bismillahirrahmanirrahim dipersetujui untuk dihapuskan. Suhail ibn Amr kemudiannya meminta perkataan Rasulullah dihapuskan. Suhail meminta supaya perkataan Muhammad putra Abdullah ditulis. Sayyidina Ali (R.A) dan Sayyidina ‘Umar juga ragu dengan penerimaan permintaan Suhail itu. Ini adalah satu penghinaan. Demikinlah satu insiden kompromi besar yag telah terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tujuh kata yaitu Bismi, Allah, Al Rahman, Al Rahim, Muhammad, Rsul dan Allah dhapus oleh Nabi SAW. Peristiwa di atas menunjukkan betapa luwes dan sabarnya sikap beliau menghadapi kaum musyrik dei perdamaian. Beliau sedar bahawa mereka sebenarnya tidak megerti atau tidak mau mengerti. Ketika memasuki kota Mekah sebagai sanksi atas pelanggaran Perjanjian tersebut, Nabi Muhammad SAW mengingatkan untuk tidak menumpahkan darah. Katanya kepada para sahabat “jangan jadikan hari meamasuki ota Melah sebagai hari pembalasan. Sebaliknya Nabi Muhammad SAW meminta hari tersebut adalah hari kasih sayang. Justeru, neliau bersetuju dengan semboyan yang berbunyi “Akhun karim wa ibnu akhun karim” (saudara sebangsa yang mulia dan putra saudara sebangsa yang mulia”. Sungguh agong manusia ini. Alangkah wajar kita meneladinya. (M.Quraish Shihab, Lentera al Qur’an, 2004, ms. 324 – 326).
Peristiwa Sulh al Hudaibiyyah jelas membuktikan bahawa keberkatan dapat dirasai apabila dakwah Islam semakin ranccak berkembang terutama dalam kalangan qabilah Arab hanya dalam masa tidak lebih dari dua tahun. Al Imam al Nawawi dalam syarah Sahih Muslim menyatakan bahawa maslahah yang efektif telah menghasilkan buahnya serta memberi pelbagai faedah. Kesannya pembukaan kota Mekah dan pengislaman kesemua warga kota Mekah. Mereka memasuki agama Allah berbondong bondong. (al Raisuni, 2019: ms. 27).
Seperkara penting yang wajar kita perhatikan dalam diri peribadi Nabi Muhammad SAW, meskipun beliau adaah seorang insan yang paling berani, yang berani, hakikatnya beliau tidak menyukai peperangan. Justeru, Nabi Muhammad SAW memebri tahu kepada para sahabat dengan ungkapan berikut: “Janganlah kamu mengharapkan pertembungan dengan pihak musuh, dan pohon kesihatan dan kesejehteraan kepada Allah. Namu apabila kamu terpaksa menghadapinya (pertembungan) tersebut maka kamu hadapilah. (Riwayat al Bukhari). Selanjutnya Nabi Muhammad SAW menyebut dalam sebuah hadis: “ Dan nama yang paling disukai oleh ialah ‘Abdullah (hamba Tuhan yang Maha Pemurah), dan nama yang paling buruk ialah Harb (perang) dan Murrah (pahit).
Objektif Kedamaian Global (Alami) Dalam Perspektif ‘Allmah Alal al Fasi
Seperkara penting yang perlu diberikan perhatian, al Raisuni mengungkap pandangan ‘Allamah ‘Alal al Fasi, Sarjana Islam Maghribi yang berwibawa pada abad ke 20 dengan sebuah kenyataan berikut: “Bahawa beliau sangat tegas memperjuangkan prinsip kedamaian Islam alami sebagai satu manifestasi maqsid syari’ah yang wajib direalisasikan oleh umat Islam seberapa yang boleh. Sesungguhnya maqsid al salam adalah untuk mencapai persetujuan antara bangsa bagi mengharamkan peperangan dan mempastikan berlakunya kedamian. Ketika membicarakan hak asasi manusia dalam Islam, al Fasi menyatakan bahawa peperanga adalah satu kemerbahayaan yang terbesar melanggar hak kehidupan. Melalukan usaha untuk mencapai kedamaian alami adalah hak pemeliharaan yang terpenting”. (al Raisuni, 2019:29). Selanjutnya, al Fasi menjustifikasikan hujah hujah kenapa peperangan tidak dibenarkan. Anatara sebab terterpenting ialah kerana penaklukan keatas sesebuah negara (rakyat) adalah dilarang, peperangan yang betujuan untuk meluaskan pemerintahan, menunjukkan kekuatan, membalas dendam, menjajah serta merampas harta kekayaan bagi sesebuah negara adalah dilarang sama sekali. De,ikianlah juga peperangan kerana memaksa rakyat di dalam sesebuah negara menukar agama. Bagi, al Fasi, perang (al qital) yang diharuskan dalam masa yang terhad adalah bagi tujuan mengelakkan terjadi fitnah yang berkaitan dengan Aqidah, tekanan keatas kaum mukmin dengan tujuan untuk menukar agama. Walaubagaimanapun, agama Islam melarang berlakunya peperangan sekiranya ada kecenderungan musuh yang berperang untuk berdamai dengan syarat mereka jujur.
Allah SWT berfirman dalam Surah al Anfal:61:
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١
“ Tetapi jika mereka condong kepada perdamian, maka terimalah dan bertwakallah kepada Allah.Sungguh dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui”.
(al Raisuni, 2019: ms. 29 – 30). Selain itu, al Fasi turut memberi justifikasi syara’ supaya peperangan wajib tidak berlaku dalam kehidupan manusia. Beliau merujuk kepada beberapa ayat al Qur’an, antaranya, da’wah Islam (seruan menyertai agama Islam) adalah bertujuan untuk kedamian. Al Qur’an menegaskan:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨
”Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan” (Surah al Baqarah: 208). Tujuan utama Islam adalah untuk mewujudkan kedamian alami dengan mengharamkan peperangan.
Dalam hubungan ini, ayat berikut dalam Surah al Nisa’: 114,
۞لَّا خَيۡرَ فِي كَثِيرٖ مِّن نَّجۡوَىٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَٰحِۢ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١١٤
Firman Nya: “Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhir, menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera mengerjakan berbagai kebajikan, Mereka termasuk prang yang saleh”. Sesunguhnya ayat tersebut adalah relevan untuk difahami dengan baik bahawa tujuan utama Islam adalah untuk melakukan upaya islah sesama manusia. Allah berfirman: “Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan dari banyak pembicaraan rahsia mereka, kecuali pembicaraan rahsiadari orang orang yang menyuruh (orang) bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian sesame manusia. Barang siapa berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami akan memebrinya pahala yang besar.” (al Nisa’: 114).
Selanjutnya, al Fasi menyajikan satu lagi fakta sirah Junjungan Muhammmad SAW. Peristiwa Junjungan Muhammad SAW menyaksikan Hil al Fudul dengan kata katanya yang masyhur: “Jika aku diajak sekali lagi ketika aku berada dalam agama Islam, maka aku pasti akan menghadirinya”. Ini sekali lagi jika masih ada peluang baginya untuk hadir jelas membuktikan bahawa jiwa cintakan keamanan dan kedaamian sentiasa membara dalam hati Nabi Muhammad SAW. ka aka diajak sekali lagi ketika aku beragama Islam, maka aku akan menyertainnya”. Matlamat utama Pakayan al Fudul ini adalah untuk menamatkan perang antara qabilah dalam masyarakat Arab jahiliah. qabilah nilah ang dikenali sebagai Hilf al Fudul. Dalah Nabi Muhammad sentiasa berlapang dada untuk memberi kerjasama bagi merialisasikan hidup dalam kedamian. (al Raisuni, 2019: 30 – 31).
Status Kedamaian Dalam Konteks Maqasid Syari’ah
Persoalan perang dan damai pasti meninggalkan implikasi dalam kehidupan manusia dalam pelbagai aspek. Justeru, Alllah SWT menyatakan:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ ٢٠٦ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٢٠٧ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨
“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara Islam secara keseluruhan.” (al Baqarah: 208). Al Raisuni berhujah bahawa terdapat ayat al Qur’an yang mendahului ayat yang dicatat sebelumnya. Ayat surah al Baqarah: 204 – 208 menyebut tentang peringatan janji buruk (al wa’id) kepada orang orang yang merosakkan cucuk tanam, keturunan, melakukan kerosakan (fasad) diatas muka bumi. Firman Allah SWT: “Dan di antara manusia ada yang pembicaraan nya tentang kehidupan dunia menggagumkan engkau (Muhammad) dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya, apada hal dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling (dari engkau) , dia berusaha untuk berbuat kerusakan di bumi, serta merusak tanam tanaman dan ternak, sedang Allah tidak menyukai kerusakan.” (Surah al Baqarah: 204 205). Jika watak yang buruk ini boleh berlaku kepada seorang, bagaimana pula dengan perang besar yang merosakkan cucuk tanam dan ternak serta keturunan, kematian dan harta benda. Bagaimana boleh terjadi dunia hari ini berbicara tentang senjata senjata yang memusnahkan secara keseluruhan dan ianya melibatkan negara negara yang kecil sehigga negara negara besar? Allah SWT menjadikan keamanan sama pentingnya makanan dan minuman dari segi keperluan hidup (darurat al hayat). (al Raisuni, 2019: ms. 34).
Perspektif ‘Allamah Al Qaradawiy Kesejehteraan Hidup Manusia
Kita menyaksikan pada abad 20 dan 21, seorang lagi mujaddid Islam tampil berbicara tentang pandangan sarwa Islam (tasawwir islam) dalam konteks masyarakat jamak agama, bangsa, bahasa dan budaya. Beliau ialah almarhum ‘allamah Syaikh Yusuf Abdullah al Qaradwiy. Beliau memiliki sikap keterbukaan dengan satu keistimewaan dar segi epistemolgi islam dengan upaya menggabungkan antara al asalah (tradisi_ dan al mu’asarah (kontemporari). Asas bicaranya berfokus kepada Islam itu adalah din ‘alami (agama universal). Tabi’ agama Islam adalah agama terbuka (munfatih), bukan agama tertutup sama ada di dunia barat atau di dunia timur, Islam adalah agama berbicara untuk seluruh manusia.
Firman Allah SWT:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
“Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”. (Surah al Anbiya’: 107).
Ayat seterusnya Surah al ‘Araf: 158:
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُمۡ جَمِيعًا ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡيِۦ وَيُمِيتُۖ فََٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِيِّ ٱلۡأُمِّيِّ ٱلَّذِي يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَكَلِمَٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٥٨
“Katakanlah (Muhammad) “Wahai manusia! sesungguhnya aku ini adalah pesuruh Allah yang diutuskan kepada kamu sekelian.” Dalam hubungan ini, Islam tidak membezakan antara barat dam timur. Bumi ini adalah milik Allah SWT kesemuanya. Jagat ray aini milik Allah SWT. al Qaradawiy menegaskan bahawa Islam tidak membezakan manusia kerana negara. Islam juga tidak membezakan warna kuit, pertuturan, status, Sesungguhnya apa yang terpenting bahawa Islam melihat manusia adalah sebagai insan. Mereka adalah tanda tanda kebesaran Allah SWT.
Firman Allah SWT:
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢
“Dan di antara tanda tanda kebesaran Nya adalah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan dan warna kulitmu. Sungguh pada yang demikian itu benar benar terdapat yang demikian tanda tanda bagi orang yang mengetahui.” (Surah al Rum: 22)
Selanjutnya, al Qaradawir berhujah bahawa manusia adalah satu keluarga besar (al basyariyyah usrah wahidah). Inilah yang dinamakan kelurga Bani Adam (bunuwwah adamiyyah). Justeru Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu adalah satu”. Perisytiharan di Hajjatul Wada’ itu memperakukan satu prinsip penting bahawa “tidak ada kelebihan anta seorang Arab dengan seorang ‘ajami dan sebaliknya, Juga, tidak ada perbezaan antara seroang yang berkulit merah dengan seorang yang berkulit hitam kecuali kerana taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah SWT adalah orang yang paling bertaqwa. al Qaradawiy turut menekankan betapa pentingnya persaudaraan sesame manusia (ukhuwwah insaniyyah) yang dapat menghimpun seluruh manusia. Nabi Muhammad SAW menyebut dalam bahagian akhir duanya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam isnad yang sahih: “wa annal ‘ibad kulluhum ikhwatun.” Sesungguhnya ini adalah “shahadah basyariyyah” selepas shahadah kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Yang menarik perhatian kata, al Qaradawiy berhujah dengan rujukan kepada pendirian sejekompok umat Islam yang kuat berpegang kepada agama apabila mereka beristidlal sepetong ayat al Qur’an;
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠
“Sesungguhnya orang orang mukmin itu adalah bersaudara” (Surah al Hujurat: 10) dan juga hdis yang menyebut: “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan seorang Muslim yang lain”. Secara tuntas, al Qaradawiy menjawab: “Sememangnya perkataan kamu semua adalah benar, tetapi disana ada persaudaran seagama “ukhwah fi al din”. Ini adalah persaudaraan khusus dan sangat mendalam sentuhannya, tetapi di sana juga masih terdapat persaudaraan yang berbilang, antaranya, persaudaran sewatan, persaudaraan suku dan persaudaraan sesama manusia. Selanjutnya, al Qaradawiy turut menjawab satu kritikan lagi dari seorang yang marah bertanya kepadanya, “kenapa kamu menyebut “saudara kita dari agama Qibtiy?” Beliau menjawab. “wahai saudaraku mereka adalah saudara kita warga Mesir. Kita adalah bangsa dan wargi Mesir.” Justeru, “kita tetap bersaudara.” Dalam hal ini adalah mustahak untuk kita melihat bagaimana al Qur’an mengkisahkan para nabi bagi kaum Nuh, ‘Aad, Thamud, Lut, orang orang mukmin dari keluarga Fir’un, dan Shu’ib membicarakan keperihalan saudara saudara mereka yang berlainan aqidah dengan ajaran tawhid yang dibawa oleh para Rasul. Sebagai contoh, terdapat beberapa firman Allah SWT dalam Surah al Shu’ara’. Antaranya, “Ketika saudara mereka (Noh) berkata kepada mereka,
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٠٥
“Mengapa kamu tudak bertaqwa!” (Surah al Shu’ara’: 105).
Islam Dan Toleransi Antara Agama
Konsep toleran wajar difahami sebaiknya dalam ajaran Islam keran pelbagai implikasi postif dan negatif boleh berlaku dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia dan lain lain negara dunia. Dari segi bahasa Arab, toleran disebut sebagai “tasamuh” yang bermuara dari akar kata “samaha”. Sebelum berkembangnya agama Islam, seorang Muslim di sebut sebagai seorang hanif iaitu agama yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim. Dalam perkamusan ada istilah dalam bahasa Arab yang berbunyi al hanifa al samha’ Maksudnya ialah “yang benar dan toleran”. Dari persepktif sejarah ketamadunan Islam, bukti bukti amalan toleransi terhadap penganut penganut agama Kristian dan Hindu dapat disaksikan di bumi Syam, Mesir, Sepanyol dn India-Pakistan.Penduduk Syam pernah berkata: “Wahai pemimpin Islam, kami lebih suka kamu dari orang orang Rom. Walaupun mereka seagama dengan kami, namun kalian lebih jujur, lebih berlemah lembut, lebih membela kami daripada mereka. Kesukaan mereka hanya menguasai kami dan rumah rumah kami. Justeru, penduduk Homs pernah mengunci pintu pintu rumah mereka daripada dimasuki tentera Heraclius.” Di Mesir, Gabenur Amr ibn al ‘Ass tidak pernah mengganggu harta harta gereja. Justeru tidak ada bukti mereka berpindah dari agama Kristian kepada agama Islam. Ini memmbutikan tidak berlaku paksaan agama. Hakikatnya terdapat orang orang Kristian Koptik telah memeluki Islam lebih dahulu sebelum penaklukan keatas Mesir. Dozy, seoranh sejarawan Sepanyol mengakui bahawa tingkah laku tentera Muslim yang menduduki Sepanyol adalah mengkagumkan dengan peragaan akhlak mulia. Mereka bebas menganut agama dan mengadakan pelbagai aktiviti dalam gereja gereja mereka yang dimiliki epenuhnya oleh warga Kristian. (Shauqi Abdul Khalil, 2018: 53-54).
Justifikasi wujudnya toleransi adalah kelas seperti yang dinyatakan dalam al Qur’an iaitu dalam Surah al Hujura:13. Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Sesungguhnya kepelbagian bangsa, sukuk aum, agama, bahasa dan budaya adalah bertujuan untuk kenal mengenali antara satu sama lain (li ta’arafu)”. Asasnya manusia tidak dibenarkan untuk berkonflik sehingga mencetuskan permusuhan yang mencetuskan peperangan.
Selain itu, satu lagi ayat penting yang sangat berkaitan dengan konsep fiqh a ta’ayush adalah dalam Surah Yunus: 99. Allah SWT berfirman:
وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ٩٩
“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki tentulah beriman semua orag orang yang ada di muka bumiseluruhnya. Maka apakah kamu (Nabi Muhammad) hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang orang yang beriman semuanya.”
Ayat ini jelas menunjukkan adanya PLURALITI dalam kehidupan manusia. Inilah medan bagi penganut penganut Islam berinteraksi dengan penganut penganut bukan Islam. Selanjutnya, dalam Surah al Baqarah: 2,
Islam menegaskan satu lagi prinsip yang sangat penting dalam kehidupan umat beragama. Allah SWT berfirman, “Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Ghazali Basri, 2017: 61 – 69).
Tuntutan Dialog Antara Agama Dan Agama
Satu lagi dimensi penting dalam konteks mewujudkan kelastarian Hidup Dalam Kedamian Bersama ialah dialog antara agama dan tamadun (hiwar al adyan wa al hadarat). Lama sebelum fenomena aktivisme dialog berlaku di dunia pada hari ini, al Qur’an telah meyebut bagaimana para rasul telah berdialog dengan kaum kaum mereka yang tidak beriman dengan Allah. Dalam hubungan ini, Allah SWT mewajibkan umat Islam berdialog dengan ketinggian etika berkomunikasi seperti yang tercatat dalam Surah al Nahl: 125. Umat wajib mempunyai ilmu pengetahui yang serba komprehensif untuk berhujah dengan hujahan yang terbaik (al jidal bi llati hiya al ahsan). al Qaradawiy menyebutnya sebagai wahana terbaik yang dapat menerobos masuk kedalam akal dan hati. al Qur’an menunjukkan kepada kita model dialog Nai Muhammad SAW dengan orang orang Musyrikin. Allah SWT berfirman:
۞قُلۡ مَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ قُلِ ٱللَّهُۖ وَإِنَّآ أَوۡ إِيَّاكُمۡ لَعَلَىٰ هُدًى أَوۡ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٢٤
“ Katakanlah Muhammad “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi! Dan sesungguhnya Kami atau kamu (orang orang mushrik pasti berda dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.” (Saba’: 24).
Logiknya pilih antara kami atau kamu sam ada dalam suluhan petunjuk Allah SWT atau dalam kesesatan. Hakikatnya Nabi Muhammad SAW adalah di pihak yang benar, tetapi uslub ayat ini mengisyaratkan Nabi Muhammad melunakkkan mereka dengan pendekatan yang lembut. (al Qaradawiy, 2011: 11-15).
Cabaran Cabaran Dalam Merialisasikan Hidup Dalam Kedamian Bersama
- Permasalahan besar dalam kalangan umat Islam masa kini ialah kecenderungan sebahagian umat bersikap fanatik agama atau apa yang dinamakan seagai tatarruf al dini. Islam tidak dapat menerima ketaaksuban agama secara melulu Ia wajib dibenteras segera kerana bertentangan dengan dalil al Qur’an, al Sunnah serta Sirah Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Islam berpecah dan status sebagai khairul umma. Justru agenda memperkasakan umat serta keharmonian hubungan antara agama dan kaum masih belum dapat dapat direalisasikan.Justeru, pemikiran umat Islam menjadi beku. Ilmu disempitkan pemahaman dan pengajarannya.
- Implkasi dari realiti umat masa kini yang terkeperuk dengan budaya tatarruf al dini, keganasan (al irhab) berlaku di beberapa buah tempat di dunia Islam. Keganasan adalah satu kecelakaan kepada kita semua. Ledakan bom berani mati adalah salah faham memahami konsep jihad yang sifatnya komprehensif bertujuan untuk motivasi diri serta menjadi wahana membangun umat. Keamanan pasti tidak dapat diwujudkan.
- Dalam menghadapi kemelut fikrah Islam yang bersifat “inghilaq” (tertutup) serta perlakuan kegananasan yang sememaangnya mengancam kesejehteraan hidup manusia, maka umat hendaklah kembali mempelajari dengan tekun faham al wasatiyyayah (keseimbangan). Prinsip ini adalah bertunjang kepada prinip keadilan yang merupakan satu tuntutan agama demi mengelakkan berlakunya kezaliman, keganasan dan segala macam bentuk kebejatan moral.
- Kajian kajian lapangan yang dilakukan oleh beberapa ngo Islam seperti MACMA memnunjukkan bahawa proses pemahaman masyarakat bukan Islam di negara ini masih berada pada tahap yang rendah. Islam adalah sinonim Melayu. Banyak salah faham tentang islam masih berlaku sejak beberapa dekad lalu meskipun kita sering mengucapkan slogan kebangkitan Islam. Hakikatnya da’wah Islam masih belum merata dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty
Presiden KDH
Kajang
- Kertas kerja untuk pembentangan Persidangan Serantau Kali Kedua dalam Hidup Bersama Dalam Budaya Damai, anjuran Unisel dan IDE, Shah Alam, Selangor, 11 hingga 12hb,Mei, 2023.
Rujukan
Ahmad al Raisuni. Maqsid al Salam, fi al Syari’ah al Islam (Kahirah: 2019)
Ghazali Basri. Toleransi Agama – Perspektif Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh (Aras Mega, Kajang: 2017)
m. Quraishi Shihab. (Bandung: 1994)
Shauqi Abu Khalil. (tr) Toleransi Dalam islam: Prinsip Dan Aplikasi (ABIM: 2018)
Yusuf al Qaradawiy. Al Infitah ‘ala al Gharb – Muqtadayat wa as Syurut (KahirahL 2011)
Average Rating