Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia telah disambut secara rasmi di Malaysia bermula tahun 2015. PLANMalaysia telah mengambil inisiatif menerapkan indikator khusus iaitu ‘Indeks Kebahagiaan’ ke dalam MURNInets (Malaysian Urban and Rural National Indicators Network for Sustainable Development).
Pengukuran Indeks Kebahagiaan merangkumi aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga, pengurusan kewangan, aktiviti komuniti, keselamatan, penyediaan kemudahan, perkhidmatan PBT dan wakil rakyat, serta kualiti alam sekitar.
Kebahagiaan adalah suatu yang perlu dipupuk dan dipertahankan oleh setiap individu dan komuniti dalam sesebuah negara. Mencapai kebahagiaan tentunya menjadi aspirasi bersama baik rakyat, mahupun kerajaan.
“𝙃𝘼𝙋𝙋𝙄𝙉𝙀𝙎𝙎 𝘿𝙀𝙋𝙀𝙉𝘿𝙎 𝙐𝙋𝙊𝙉 𝙊𝙐𝙍𝙎𝙀𝙇𝙑𝙀𝙎”
– 𝗔𝗿𝗶𝘀𝘁𝗼𝘁𝗹𝗲, 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗙𝗮𝗹𝘀𝗮𝗳𝗮𝗵 𝗚𝗿𝗲𝗲𝗸
Sumber: Facebook PLANMalaysia
Photo Credit: Flickr / Petesworld-Photography
Average Rating