SALAM TAKZIAH
Kehilangan besar tokoh ilmuwan Islam Malaysia.
Warga Institut Darul Ehsan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan atas pemergian beliau pada 23 Feb 2023.
Almarhum merupakan pakar dalam pemikiran Islam kontemporari, malah telah menghasilkan pelbagai penulisan serta telah menerima pelbagai anugerah atas jasa dan bakti beliau dalam keilmuan.
Almarhum pernah diundang menjadi panel utama dengan kerjasama Institut Darul Ehsan, Institut Pemikiran Islam Sedunia dan Center For Islamisation IIUM dalam Siri Bicara Intelektual IIIT yang bertajuk HAMKA: The Famous Southeast Asian Islamic Reformist Scholar pada 13 Nov 2020.
Allahyarham Tan Sri Prof Dr. Mohd Kamal Hassan di lahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 26 Okt 1942. Almarhum melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya (1965), Pascasiswazah dan Doktor Falsafah di Universiti Colombia, USA (1975).
Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai ketua jabatan usuluddin dan philosophy di Universiti Kebangsaan Malaysia (1979). Dekan pertama Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa. Almarhum menjadi rektor ketiga UIAM bagi menggantikan Alharhum Prof Emer. Dato’ Dr. AbdulHamid A. AbuSulayman.
Almarhum Tan Sri Dr. Kamal Hassan ketika awal menyertai UIAM, beliau adalah anak melayu pertama yang dilantik sebagai Rektor selepas Dr. Abdulhamid. Almarhum juga mengasaskan Kuliyyah Ilmu Pengetahuan berteraskan wahyu dan sains kemanusiaan pada tahun 1983.
Diantara penulisan beliau yang popular adalah “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics”, dimana buku ini telah menjadi bahan rujukan yang telah menarik minat dan reaksi pelbagai pihak pada ketika itu.
Tonton Siaran Ulangan :
Beliau dinobat sebagai Profesor Ulung atas sumbangan bakti dalam dunia akademik pada tahun 2017.
Moga Allah menerima segala amal soleh dan kebaikan beliau. Sungguh, telah ramai yang menerima manfaat dan ilmu daripada Allahyarham. –
Alfatihah.
Average Rating