Siri Bicara MADANI
Tarikh: 18 Januari 2023 (RABU)
Masa: 11:00 Pagi
Siaran Langsung Di Facebook/Youtube
Institut Darul Ehsan
Panel
Sdr. Ahmad Farhan Rosli
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Moderator
Noh Zulasmyar Hj Jamali
Eksekutif IDE
Konsep Membangun Negara Madani ini mula diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau bersyarah di Festival Istiqlal di Jakarta, Indonesia 1996 yang ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri. Perjuangan menegakkan masyarakat MADANI tidak boleh berjaya tanpa perjuangan dalaman yang disebut oleh Almarhum Malek Bennabi sebagai “the inner struggle of conscience”. Perjuangan membangun order politik yang stabil lagi demokratis, keadilan sosial, menghapuskan penderitaan rakyat, menegakkan prinsip konstitutionalisme, dan merangsang kehidupan akliah dan budaya merupakan perjuangan moral – Petikan Syarahan Islam dan Pembetukan Masyarakat Madani, 1996. Jakarta Indonesia
Siri MADANI kali ini menampilkan Sdr Ahmad Farhan Rosli. Beliau merupakan seorang peguambela dan Peguamcara, dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Beliau juga aktif di dalam ativisma sosial masyarakat dan tersenarai diantara 10 Tokoh Belia Berpengaruh Asia (Majlis Belia Asia 2021). Pembabitan di dalam Parlimen dibawah Majlis Belia Malaysia sebagai Jawatakuasa Perundangan, Advokasi, Hak Asasi dan Hal Ehwal Parlimen. Diantara Penulisan beliau, Gerakan Mahasiswa Islam & Politik Perubahan (PKPIM- 2022).
Average Rating