Petikan akhbar Berita Harian: 6 NOV 2022
Soalan (S): Hampir semua parti utama menggantikan ramai calon ‘gergasi’ dengan muka baharu. Apa pandangan saudara?
J: Selain faktor parti, tarikan pilihan raya turut ditentukan oleh faktor calon. Penampilan muka baharu tanda positif ke. pada demokrasi bahawa parti politik bersedia berubah dan mengetengahkan muka baharu bagi membina pemimpin pelapis politik negara. la juga suntikan baharu untuk kurangkan calon kitar semula dan ini budaya baik agar ahli politik tidak jadikan sesuatu kerusi pilihanraya itu sebagai ‘milik’ hingga wujud budaya berterusan memegang kerusi itu. Perlu ada dinamika baharu bahawa sebagai calon dan pemenang kerusi, ahli politik perlu idealisme politik beretika serta sikap berkhidmat untuk rakyat.
S: Bagaimanakah mahu memastikan pengundi menyokong parti, bukan calon?
J: Malaysia amal sistem first past the post. pembentukan kerajaan ditentukan parti menang banyak kerusi. Sejarah pilihan raya Malaysia menuniukkan kecenderungan rakyat lebih memilih parti berbanding calon, bergantung situasi kerusi bandar atau luar bandar. Jika luar bandar atau pinggir bandar. faktor parti lebih kuat berbanding faktor calon. Justeru, ada kecenderungan pengundi menentu siapa akan pilih. Bagi pengundi bandar atau demografi pinggir bandar tertentu, faktor calon lebih mempengaruhi, terutama dalam dinamiknya pengundi mutakhir.
Oleh itu, parti biasanya akan atur strategi untuk mempromosi calon dan tawaran kepada pengundi di samping serangan balas bagi mempengaruhi pengundi supaya memilih berasaskan parti. Itu sebabnya kini rakyat dilambakkan dengan pelbagai maklumat dan serangan bersifat positif atau negatif bagi meraih sokongan kepada parti. Namun. parti politik harus raikan adab dan beretika menabur maklumat, jangan sampai gugat hal sensitif dan perpaduan masyarakat.
S: Adakah pengguguran muka lama berisiko bagi parti untuk mempertahan kerusi disandang?
J: Muka lama khususnya bekas Ahli Parlimen mempunyai daya tarikan tersendiri kerana dikenali dan pastinya parti ada strategi serta alasan tersendiri menggugurkan nama berkenaan. Selepas melalui 15 siri pilihan raya dan pendidikan demokrasi berkembang, rakyat kini jadi pengundi pintar. Melalui akses internet dan media sosial, pengundi boleh akses pelbagai maklumat, makin prihatin apakah manifesto atau tawaran ingin dikemukakan parti dan caIon pilihan raya.
S: Apa cabaran parti politik yang menggugurkan penyandang jawatan ?
J: Ini cabaran bagi setiap parti khususnya jika babitkan ahli politik yang ada penyokong tegar. Dalam sejarah politik Malaysia, tidak semua bekas Ahli Parlimen, khususnya nama hebat menang dalam pilihan raya jika bertanding Bebas. Tidak dinafikan ada ahli politik sedemikian menang, contoh Datuk Larry Sng di Parlimen Julau menang sebagai calon Bebas PRU 14. Malah, ada juga menguji kedudukan dengan bertanding calon Bebas. Jika masih ingat lag, Tan Sri Shahril Abdul Samad, Parlimen Johor Bahru ketika itu. hingga menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) berlaku. Beliau bertanding mula sehagai calon Bebas dan menang dengan majoriti 23,581 undi.
Pada PRU15, kita bakal menyaksikan wujudnya bekas Ahli Parlimen tidak puas hati kerana tidak dicalonkan parti, memilih bertanding Bebas atau lebih keras lagi atas nama parti lain Datuk Seri Shahidan Kasim bertanding di parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN). Begitu juga Pakatan Harapan (PH) di parlimen Jerai, wujud rasa tidak puas hati dengan calon dikemukakan. Pastinya perubahan ini akan memberikan kesan kepada parti, khususnya isu sabotaj, peralihan penyokong, penutupan bilik gerakan daerah mengundi dan pertikaian dalaman bakal berlaku. Ini ujian bagi parti politik untuk tangani dengan berbincang bersama penyokong dan pemimpin politik akar umbi bagi mengelakkan sabotaj.
S: Adakah pemilih kelompok Undi18 akan menjadi penentu kemenangan, sejauh mana caIon muda mampu menarik sokongan mereka ?
J: Dalam kajian Institut Darul Ehsan (IDE), pengundi muda tergolong dalam berapa kategori, iaitu pengundi baharu, Undi18 berumur antara 18 hingga 20 tahun, pengundi berumur 20 tahun hingga 30 tahun dan 30 tahun ke atas. Dapatan itu mendapati daripada jumlah pengundi muda 18-20 tahun sebagai pengundi baharu. hanya 27.6 peratus berminat mengikuti perkembangan politik, 72.4 peratus pula kebanyakan kurang minat. Kebanyakan mereka akan mengundi atas pengaruh keluarga. Namun. akan ada beza dengan pengundi 25-35 tahun yang diistilahkan yang akan lebih matang melihat isu berkaitan politik.
Oleh itu, disebabkan pengundi kini semakin bijak, faktor calon muda boleh memberikan sedikit daya tarikan. Bukan isu muda, tetapi lebih kepada kredibiliti caIon yang ditonjolkan. Kaji selidik IDE juga mendapati calon terlalu muda atau bawah 20 tahun tidak juga mendapat perhatian sokongan pengundi muda. Latar belakang calon dari segi pendidikan dan pengalaman amat penting dinilai pengundi, terutama pengundi di bandar. Bagi pengundi luar bandar, faktor parti masih menjadi daya tarikan utama. Ini sama dengan pengundi muda, khusus nya yang masih bergantung kepada faktor keluarga sebagai penentu.
S: Bagaimanakah pula dengan sokongan kepada calon yang mempunyai rekod tidak bersih atau ada kes di mahkamah?
J: Pengundi terbahagi kepada pengundi tegar atas asas sebagai ahli parti, pengundi menjadi penyokong parti dan pengundi mengundi berdasarkan mood atau sentimen semasa. Bagi pengundi tegar atau ahli parti, ini kadang-kadang tidak menjadi isu. Namun bagi pengundi yang mempunyai sistem nilai tinggi, mereka akan meneliti aspek ini dalam membuat pilihan untuk mengundi calon. Dinamika kebijakan pengundi juga menjadi punca kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 disebabkan isu seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Dalam kaji selidik IDE, faktor rasuah dan integriti sentiasa dalam ranking lima tertinggi dalam isu nasional yang menarik keprihatinan pengundi.
S: Bagaimanakah strategi parti yang tampilkan calon profesional, bekas pensyarah, teknokrat, penggiat seni dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO)?
J: Ini boleh mempengaruhi terutama jika calon ada rekod baik dalam pekerjaan mereka. Namun, kemungkinan tidaklah begitu besar jumlahnya. Selebihnya bergantung bagaimana mood pengundi saat akhir dan bagaimana kekuatan kempen digerakkan untuk mempromosi caIon dan parti yang menaungi.
…
KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Pengurus Kanan Penyelidikan IDE
(ariffin@ideselangor.com/+60193178669)
Average Rating