4 NOV 2022 – TAMU HOTEL KUALA LUMPUR
Seramai 81% rakyat Malaysia (Semenanjung) menyatakan keterujaan mereka untuk turun mengundi pada PRU 15 kali ini berdasarkan dapatan kajian yang di lakukan oleh Institut Darul Ehsan. Dalam pembentangan ini, Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, menjelaskan pengalaman IDE menjalankan Survei pada 2018, keterujaan mengundi dalam pilihan raya ketika itu adalah 80%. Namun, peratusan keluar mengundi PRU 14 akhirnya adalah 83%.
Keterujaan yang meningkat ini berbanding dengan siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri pasca PRU 14, yang jauh lebih rendah. Peningkatan ini bertolak dari aktifnya kegiatan kempen yang rancak dijalankan oleh semua parti-parti politik sejak pengumuman pembubaran Parlimen dan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun demikian, peratusan pengundian mungkin boleh terjejas jika berlaku keadaan yang luar jangka dan menyusahkan pengundi seperti banjir, cuaca buruk dan isu-isu teknikal yang mungkin timbul dihari pengundian.
Average Rating