GOLONGAN ATAS PAGAR – 29.2% masih belum pasti untuk mengundi dalam PRU15

GOLONGAN ATAS PAGAR – 29.2% masih belum pasti untuk mengundi dalam PRU15

0 0

Berdasarkan survei yang dijalankan oleh IDE, juga mendapati 29.2% pengundi yang masih belum membuat keputusan untuk memilih parti yang akan diundi dalam PRU 15  pada 19 November 2022 akan datang, berkaitan soalan parti yang bakal dipilih menjelang PRU 15. Oleh itu, golongan ini adalah golongan ‘atas pagar’ yang mengundi berdasarkan sentimen, isu, calon dan perkembangan politik semasa. Golongan ini tidak terikat sebagai pengundi tegar parti dan kewujudan golongan ini amat besar dalam PRU kali ini. Golongan ini akan menjadi penentu khususnya dalam pertandingan sengit 3 penjuru atau lebih.

Oleh demikian ruang masih terbuka luas kepada calon-calon yang mewakili parti atau bebas untuk berkempen bagi menambat hati pengundi untuk membuat pilihan.

Menurut Khairul Arifin Mohd Munir Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Malaysia mengamalkan sistem first past the post. pembentukan kerajaan ditentukan parti menang banyak kerusi. Sejarah pilihan raya Malaysia menunjukkan kecenderungan rakyat lebih memilih parti berbanding calon, bergantung situasi kerusi bandar atau luar bandar. Jika luar bandar atau pinggir bandar. faktor parti lebih kuat berbanding faktor calon. Justeru, ada kecenderungan pengundi menentu siapa akan pilih. Bagi pengundi bandar atau demografi pinggir bandar tertentu, faktor calon lebih mempengaruhi, terutama dalam dinamiknya pengundi mutakhir.

Oleh itu, parti biasanya akan atur strategi untuk mempromosi calon dan tawaran kepada pengundi di samping serangan balas bagi mempengaruhi pengundi supaya memilih berasaskan parti. Itu sebabnya kini rakyat dilambakkan dengan pelbagai maklumat dan serangan bersifat positif atau negatif bagi meraih sokongan kepada parti. Namun. parti politik harus raikan adab dan beretika menabur maklumat, jangan sampai gugat hal sensitif dan perpaduan masyarakat.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish