IDE: PRU hari minggu lonjak peratusan undi, kukuh keabsahan kerajaan

IDE: PRU hari minggu lonjak peratusan undi, kukuh keabsahan kerajaan

0 0

Sumber: selangorkini.my

SHAH ALAM, 20 OKT: Peratusan undi yang tinggi dalam pilihan raya umum (PRU) dapat mengukuhkan keabsahan sesuatu kerajaan yang bakal dibentuk, kata Institut Darul Ehsan (IDE).

Menurut Pengurus Kanan Penyelidikannya Khairul Arifin Mohd Munir, majoriti rakyat juga lebih selesa jika pilihan raya diadakan pada hujung minggu berbanding hari bekerja.

Jelasnya, banyak faktor mempengaruhi peratusan turun mengundi melibatkan sikap pengundi, kaedah kempen, mobilisasi kesedaran rakyat dan musim tengkujuh pada November hingga Disember.

“Prinsip ‘kemudahan untuk mengundi’ juga harus dijadikan asas dalam membantu proses mengundi. Sekolah yang terlalu sesak dengan jalan masuk kurang sesuai harus diperluas ke beberapa pusat mengundi tambahan.

“Ini akan mengelak kesesakan lalu lintas dan pengundi beratur panjang. Pusat mengundi perlu diperbanyak bagi memudahkan rakyat turun mengundi berdekatan tempat kediaman,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, beliau turut mengalu-alukan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan penamaan calon dan pengundian pada Sabtu berbanding hari biasa dalam PRU lalu.

Khairul Arifin berharap peluang mengundi pada Sabtu dimanfaatkan rakyat dan melonjak melebihi 80 peratus seperti yang berlaku dalam PRU13 dan PRU14.

“Justeru, cabaran parti-parti politik dan rakyat Malaysia termasuk masyarakat sivil ialah bagaimana membina momentum agar peratusan mengundi boleh dilonjakkan melebihi 80 peratus.

“Adakah faktor hari mengundi pada Sabtu boleh melonjak sikap rakyat untuk berpatisipasi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam proses pilihan raya,” katanya lagi.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November sebagai hari mengundi bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November sementara pengundian awal pada 15 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish