WACANA PEMIKIRAN ‘ALLAMAH PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI Universiti Selangor (UNISEL).

WACANA PEMIKIRAN ‘ALLAMAH PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI Universiti Selangor (UNISEL).

0 0

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) telah mengadakan wacana yang membincangkan tentang pemikiran dan metodologi Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan hukum dan fatwa.


Wacana ini dihos oleh Ustaz Hasri Bin Harun selaku Pengarah Pusat Kecemerlangan Institut Maqasid Shari‘ah UNISEL dan dihadiri dua orang panel iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Rumaizuddin Ghazali dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM yang merupakan juga penulis buku Yusuf al-Qaradawi dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Panel kedua yang menghadiri wacana ini ialah Dr. Rosli Mokhtar, pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kuis yang juga merupakan pengkaji pemikiran Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi.


Wacana dimulakan dengan biodata ringkas Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dari zaman persekolahannya hingga beliau mencebur diri dalam dunia ilmiah. Perbincangan banyak berkisar tentang cara fikir dan pegangan metodologi Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam berinteraksi dengan nas-nas agama yang akhirnya menghasilkan pandangan hukum dan fatwa yang jitu, tepat dan meraikan masyarakat.

Semua Dijemput Hadir & Tonton Secara Siaran Langsung

https://fb.watch/fXlDw2QuYX/

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish