SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK PARTI POLITIK – GUMMERSBACH, GERMANY

SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK PARTI POLITIK – GUMMERSBACH, GERMANY

0 0

INTERNATIONAL ACADEMY FOR LEADERSHIP (IAF)

FEDERICH NAUMANN FOUNDATION (FNF) FOR FREEDOM

25 SEPTEMBER 2022 – 2 OKTOBER 2022

GUMMERSBACH, GERMANY

….

Idea yang berkualiti tidak akan berjaya secara automatik. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan persekitaran yang kompetetif dengan sumber yang terhad, parti politik memerlukan strategi yang mantap untuk memaksimumkan peluang kemenangan yang akan dimiliki.  Terdapat tumpuan khusus yang diberikan terhadap pembuatan keputusan dan tindakan yang dilakukan dalam mencapai keberkesanan strategi yang akan menggambarkan keberkesanannya. Seminar ini adalah bertujuan untuk melaburkan idea dalam membina strategi yang kukuh. Penyertaan yang terlibat telah mendalami proses pembelajaran perancangan strategik secara sepenuhnya.

Seminar ini telah dilaksanakan di International Academy For Leadership (IAF) yang berpusat di Gummersbach, German. Seminar ini diadakan pada 25 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022. Terdapat tiga penyertaan daripada negara Malaysia iaitu Pengarah Eksekutif Instititut Darul Ehsan Dato’ Haji Ismail Bin Yusop, YB Chang Lih Kang yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Presiden Parti Gerakan Rakyat YB Dominic Lau Hoe Chai. Tiga penyertaan ini adalah antara yang dipilih mewakili negara Malaysia.

Seminar ini juga terdiri daripada wakil kepimpinan parti politik dan kakitangan parti yang terlibat dalam perancangan strategik dan pengurusan.  Wakil-wakil ini adalah dari setiap negara yang berbeza dan mempunyai pengalaman secara langsung dalam pembangunan strategi serta kepimpinan politik yang paling terbaik di peringkat nasional atau serantau.

Federich Naumann Foundation membawa terma kebebasan dalam menggalakkan kebebasan individu dan pasaran terbuka di Jerman dan seluruh dunia. Yayasan ini adalah berpegang teguh kepada prinsip masyarakat yang bebas dan terbuka adalah satu-satunya masyarakat yang membolehkan manusia menentukan sendiri apa yang terbaik untuk mengembangkan keseluruhan potensi dalam mengejar apa yang diimpikan. Bagi Yayasan FNF sendiri, inilah apa dimaksudkan dengan menghargai maruah manusia dengan kebebasan yang membentuk kemakmuran. Dengan bersama-sama berkongsi set nilai yang sama, peranan FNF sama ada di Jerman ataupun di luar negara, berfungsi untuk meningkatkan rasa hormat terhadap kedaulatan undang-undang harta persendirian dan  hak asasi manusia yang memupuk toleransi serta mengukuhkan kebebasan ekonomi dan demokrasi. Program-program IAF adalah bertujuan untuk membentuk sebahagian daripada khusus kerja antarabangsa dalam menawarkan nilai liberal yang demokratik dari setiap pelusuk peluang dengan membina sesi dialog, pertukaran idea, rangkaian dan kerjasama bersama. Ini untuk mencapai tujuan inspirasi.

Objektif seminar ini memberi tumpuan utama dalam menyampaikan pemahaman yang mendalam tentang proses strategik melalui pembongkaran istilah asas “ciri kepimpinan yg dapat memanfaatkan semua pihak”.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish