MELAYU TAJDID

MELAYU TAJDID

0 0

Pembaharuan Islam (at-tajdid al-islami) merupakan satu gagasan memperbaharui dan menyegarkan semula kefahaman dalam beragama. Melayu tajdid merupakan bangsa melayu yang diperbaharui kefahaman dan penghayatannya terhadap agama Islam. Al-Marhum Dr. Siddiq Fadzil dalam karyanya Minda Melayu Baharu, al-marhum telah ketengahkan satu krisis yang melanda sebahagian umat melayu iaitu krisis identiti yang menghakis keperibadian umat melayu dan membuatkan mereka tercabut dari akar islam dan akar budaya bangsa sendiri.

Umat Melayu perlu disegarkan semula kefahaman dan penghayatan mereka terhadap agama Islam yang menjadi dasar pembentukan satu bangsa merdeka bersumberkan ajaran tauhid. Umumnya umat melayu tidaklah tercabut sepenuhnya dari akar islam dan akar budaya bangsanya, buktinya kita dapat lihat dari sejarah siri perjuangan mereka yang meletakkan Islam sebagai semangat juang dan motif panji dikibarkan. Kita dapat lihat bahawa Islam telah sebati dan menyatu dalam sejarah, budaya dan keperibadian melayu itu sendiri. Tetapi kita dapat lihat sebahagian daripada kita mengecil dan mengenepikan nilai Islam dan budaya melayu dalam berpolitik, mentadbir urus harta kekayaan negara, aspek pendidikan dan gerakan sosial.

Gagasan melayu baharu ini merupakan gagasan menggilap semula nilai-nilai islam dalam peribadi orang melayu dan meniupkan semula ruh islami kepada setiap aspek pembangunan bangsa dan negara. Alangkah indah jika negara ini dapat merakyatkan nilai-nilai Islam dalam semua sudut pembangunan bangsa dan negara dalam usaha kita membina satu negara idaman, negara yang disebutkan baldatun-toyyibatun wa rabbun ghafur. Usaha ini menuntut bangsa kita untuk memahami mendalami dan menghayati agama Islam itu sendiri supaya kita dapat membawa kepada aktualisasi implementasi shari‘ah dalam negara.

Umat melayu tidak akan pernah terpisah dengan agama Islam. Lihat sahaja perlembagaan negara kita yang telah meletakkan takrifan melayu sebagai seorang yang beragama islam, berbahasa melayu dan mengamalkan adat-resam melayu. Menyedari bahawa bahasa melayu itu sendiri merupakan bahasa islam (diperkaya dan dipinjamkan dari perbendaharaan kata islam) dan juga adat-resam melayu yang telah melalui transformasi keislaman, maka jelaslah bahawa melayu tanpa islam dapat diibaratkan ikan tanpa air. Hilang jati diri bangsa melayu itu jika hilang daripada mereka nilai-nilai Islam dalam perbuatan mereka.

Disini kita dapat lihat bahawa membangun bangsa dan negara mewajibkan kita untuk sentiasa kembali kepada akar budaya dan akar agama yang menjadi pedoman dan panduan bagi setiap pergerakan kita. Maka tajdid di sini bukan bermaksud menjadi melayu baharu yang lain, tetapi tajdid di sini bermaksud umat ini perlu ditiup semula roh kebangkitan Islam-Melayu melalui penyuburan kefahaman ilmu pengetahuan tentang budaya bangsa dan agama supaya umat ini dapat berdiri menghadap cabaran abad 21 dan beraksi di pentas antarabangsa.

NOH ZULAMSYAR

EKSEKUTIF MAQASID AL-SHARI’AH

Photo credit: ilhambooks

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish