“Pak Samad adalah Tokoh Nadi Umat!” – Dato’ Ismail Yusop

“Pak Samad adalah Tokoh Nadi Umat!” – Dato’ Ismail Yusop

0 0

Assalammulaikum wbt wrt dan Salam Sejahtera;

Syukur alhamdulillah, pada tahun ini PBAKL dapat dianjurkan pada tahun ini setelah tidak dianjurkan sejak 2 tahun lalu, kesan negara dilanda pendemik COVID19 yang kini masuk ke fasa endemik. Saya difahamkan kehadiran pengunjung cukup luar biasa sekali.

Terima kasih kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi hadir meluangkan masa ke Pesta Buku kali ini dan sudi untuk hadir ke Majlis Peluncuran buku hari ini.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar merupakan seorang yang “ULAT BUKU”. Buku adalah suatu yang beliau budayakan sejak dari zaman belajar hingga kini. Beliau cukup menyangjung BUDAYA ILMU yang kuncinya pada BUDAYA MEMBACA.

Tokoh Sasaterawan Negara Datuk A Samad Said atau kita kenali sebagai PAK SAMAD, adalah tokoh sasaterawan NADI RAKYAT. Beliau cukup aktif dari dahulu, bahkan sejak 1998 era Reformasi beliau tidak pernah “Missed” untuk hadir dalam demonstrasi jalanan dan lantang mengemukakan kritikan pedas terhadap isu-isu rakyat dan polisi negara dengan cara yang tersendiri.

Beliau juga rapat bersama dengan anak muda dan mahasiswa untuk meluangkan masa berbicara dan berdiskusi dengan mereka. Watak Pak Samad adalah mendidik dan mencerah minda, emosi dan memberi suatu sokongan unik apabila beliau hadir di gelanggang masyarakat. Ini tokoh nadi umat!

Bagi pihak Institut Darul Ehsan, Penerbitan Nuha dan IIIT kami mengucapkan ribuat terima kasih kerana diberi peluang membuka booth dan juga berpeluang menganjurkan peluncuran BUKU KOMBO MERDEKA 65 TAHUN karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merangkumi penerbitan 3 karya iaitu SALINA – LANGIT PETANG & HUJAN PAGI.

Suka saya umumkan bahawa karya ini akan dirakyatkan. Alhamdulillah saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersetuju untuk membeli 100 set kombo 65 tahun merdeka.

Disamping itu, YB2 dan pemimpin NGO berikut telah bersetuju untuk membeli karya ini untuk sebaran pencerahan dan pencerdasan rakyat iaitu:

1. YB Senator Fadhlina Sidek

2.  YB Rozana, ADUN Permatang

3.  YB Gunaraj, ADUN Sentosa

4.  David Cheong, Penggerak Masyarakat Parlimen Kuala Langat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan. Kita harapkan budaya membaca ini akan terus disuburkan. Saya akhiri dengan PUISI.

Sorotan Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun Diluncurkan Oleh YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Emeritus, Institut Antarabangsa Pemikir Islam Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Pusat Dagangan Dunia (WTC): https://www.facebook.com/ideselangor/videos/320999346893749

MERINDUI BUKU (Puisi Datuk A. Samad Said)

Inilah denai jejak seni ke hati,  puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman menikmati unggas dan puspa menawan;

di sinilah vista buku saraf seni, meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku

menghayati nikmatnya seindah syahdu dalam tenang waktu khusyuk di pustaka

lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama penting bagi minda waras manusia;

dan buku juga gema fakir yang sakti, nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi melalui tapisan hikmat berseni;

dan buku memang tasik aneka ilmu yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;

membaca menjadi jambatan bertuah kita merindu buku

dan ghairah baca agar sentasa canggih dan berhemah.

PUISI PAK TAUFIQ ISMAIL

Kupu-Kupu di dalam Buku

Ketika duduk di stasiun bis, di gerbong kereta api,

    di ruang tunggu praktek dokter anak, di balai desa,

    kulihat orang-orang di sekitarku duduk membaca buku,

    dan aku bertanya di negeri mana gerangan aku sekarang,

Ketika berjalan sepanjang gang antara rak-rak panjang,

    di perpustakaan yang mengandung ratusan ribu buku

    dan cahaya lampunya terang benderang,

    kulihat anak-anak muda dan anak-anak tua

    sibuk membaca dan menuliskan catatan,

    dan aku bertanya di negeri mana gerangan aku sekarang,

Ketika bertandang di sebuah toko,

    warna-warni produk yang dipajang terbentang,

    orang-orang memborong itu barang

    dan mereka berdiri beraturan di depan tempat pembayaran,

    dan aku bertanya di toko buku negeri mana gerangan aku sekarang,

Ketika singgah di sebuah rumah,

    kulihat ada anak kecil bertanya pada mamanya,

    dan mamanya tak bisa menjawab keinginan-tahu puterinya,

    kemudian katanya,

    “tunggu, tunggu, mama buka ensiklopedia dulu,

    yang tahu tentang kupu-kupu,”

    dan aku bertanya di rumah negeri mana gerangan aku sekarang,

Agaknya inilah yang kita rindukan bersama,

    di setasiun bis dan ruang tunggu kereta-api negeri ini buku dibaca,

    di perpustakaan perguruan, kota dan desa buku dibaca,

    di tempat penjualan buku laris dibeli,

    dan ensiklopedia yang terpajang di ruang tamu

    tidak berselimut debu

    karena memang dibaca.

Ucapan Pembukaan oleh YBhg. Dato’ Ismail Yusop, Pengarah Eksekutif, Institut Darul Ehsan (IDE) di Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun di World Trade Centre Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKAL) 2022.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish