“PENGAPLIKASIAN PERPADUAN ADALAH PERLU DIFIKIRKAN SECARA TOTAL DIMANA DIPERLUKAN “WALK THE TALK” UNTUK PELAKSANAANNYA”

“PENGAPLIKASIAN PERPADUAN ADALAH PERLU DIFIKIRKAN SECARA TOTAL DIMANA DIPERLUKAN “WALK THE TALK” UNTUK PELAKSANAANNYA”

0 0

Kemerdekaan dan Demokrasi (Perspektif Sosial)

Profesor Dr Haslinda Hj Abdullah
Fakulti Ekologi Manusia, UPM

14 September 2021

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk dalam sesebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Manakala, Berdasarkan perspektif sosial, demokrasi pula adalah suatu sistem pemerintahan dimana semua warganegaranya mempunyai hak dan kesempatan yang sama atau setara untuk terlibat dalam proses pengambilan keputusan yang mempengaruhi hidup mereka. Keperluan untuk memahami hak dan kesempatan yang sama adalah berasas daripada sistem pemerintahan dari rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat.Berdasarkan perspektif sosial atau dasar sosial negara, perkara ini adalah satu jenis dasar yang memberikan keutamaan kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Kesemua nilai-nilai ini adalah diperlukan untuk pembangunan yang seimbang dalam pelbagai aspek untuk dilihat dalam pembangunan aspek keharmonian eko-sistem yang sempurna. Lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik dan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengeluarkan kenyataan era pandemik ke era endemik. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara untuk membangun dan menangani pelbagai masalah yang timbul termasuk masalah sosial.

Namun, keputusan untuk menetapkan Rang Undang-Undang (RUU) pekerja  masih tiada kepastian dan tiada hala tuju. Walaupun, ada perubahan tetapi agak perlahan dalam perlaksanaannya. Sekiranya perkara ini diberikan perhatian yang khusus, sememangnya sudah pasti pergerakkannya akan lebih jelas sistemnya.Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 iaitu selama 18 tahun yang bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama. Konsep-konsep ini seringkali dipersoalkan dalam aspek-aspek yang tertentu. Dasar-dasar sosial ini seperti demokrasi dan kebebasan bersuara sebenarnya adalah terhad. Limitasi kebebasa bersuara adalah berlandaskan konsep rukun negara yang berasaskan lima perkara iaitu:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesetiaan kepada raja dana negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan

Sekiranya difahami perkara ini sejelasnya, maksudnya untuk mencapai keharmonian bersama. Kita boleh bersuara tetapi ada limitasinya. Sekiranya dihadam dengan baik konsep-konsep rukun negara ini, isu-isu besar tidak akan timbul. Namun, sebaliknya yang berlaku. Dalam konteks ini, terdapat beberapa dasar yang disentuh iaitu Dasar Pendidikan Negara, Dasar Belia Negara dan Dasar Perpaduan Negara. Dasar-dasar ini mempunyai perkaitan dengan demokrasi yang telah dibangunkan untuk menyokong keadilan sosial sepertimana yang digariskan dalam Pelan Sosial Negara.

Dalam konteks pendidkan Malaysia, persoalan hak mendapatkan iaitu untuk mengakses kepada internet. Cabarannya adalah proses untuk meluaskan jurang akses pendidikan yang terbatas kerana ada yang mudah untuk memperolehi dan sukar untuk mengakses. Lebih-lebih lagi dalam konteks pandemik yang memerlukan lebih kepada pengaksesan dan membuka jurang kepincangan yang lebih meluas. Di Malaysia ini terdapat 52% pelajar di Sabah yang tidak dapat mengakses internet. Sedangakan medium asas adalah internet. Persoalannya dimana hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sama dengan kawasan yang berbeza. Apabila seseorang itu mendapat pendidikan yang baik, sosio- ekonomi juga akan meningkat.Perkara ini sama sekali terkait dengan sosio-ekonomi.

Konteks AUKU dimana sistem pemilihan VC (Vice chancellor) ditentukan oleh pihak menteri.  Hak pihak universiti dalam menentukan pemimpin mereka tiada. Perkara ini boleh ditambah baik. KPI kepada Pensyarah di tentukan oleh pihak luar. Sistem sasaran Core Goal yang sering berubah dan cuba dicapai oleh pensyarah sehinggakan terlupa matlamat sendiri yang ingin dicapai. Itu adalah hak kita dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Persoalannya sama ada wujud demokrasi apabila segala perkara ditentukan dan diminta untuk ikut perkara tersebut. Bahasa yang digunakan juga dipersoalkan apabila diminta menggunakan Bahasa Melayu. Seperti penulisan tesis dalam bahasa inggeris, surat justifikasi sebab untuk menulis dalam bahasa inggeris. Perkara ini juga diperlukan untuk ditambah baik lagi.

Isu wanita tidak dapat dikecualikan dari demokrasi kemerdekaan. Pada tahun 2004, kerajaan memberikan komitmen untuk mengisi sekurang-kurangnya 30% peranan penting dalam sektor awam dengan wanita. Pada tahun 2015, kerajaan memberi mandat agar wanita terdiri dari sekurang-kurangnya 30% mesti ada di dalam pentadbiran syarikat besar. Pada tahun 2020, menjadikannya satu-satunya negara di Asean yang memiliki arahan seperti itu.  Ini kelihatan terbaik dari segi sosialnya. Walaubagaimanapun, data kajian menunjukkan wanita masih berbeza berbanding lelaki seperti dalam beberapa sektor dimana wanita yang mengandung tidak akan meneruskan perkhidmatan. Konteks ini menggambarkan masih tidak merdeka bagi kaum wanita. Perkara ini perlu difikirkan dengan lebih tuntas. Pada tahun 2021,selepas 64 tahun merdeka, kes keganasan rumahtangga, kes rogol dan cabul dalam kalangan ahli keluarga serta kes kesihatan mental dalam kalangan wanita sangat tinggi. Perkara yang merisau adalah data kes tahun 2019 hingga Mei menunjukkan wanita lebih tinggi membunuh diri berbanding lelaki. Sedangkan data global dan data-data sebelum ini menunjukkan biasanya standard adalah lelaki yang lebih. Perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih baik dengan mengkaji apa yang berlaku disebalik tembok rumah yang dibina bersama.

Kes keganasan rumah tangga bukan sahaja dikalangan B40 tetapi juga dikalangan profesional. Kes bunuh diri 1427 bagi wanita manakala lelaki adalah hanya 281. Data menunjukkan wanita yang diberhentikan kerja adalah tinggi. Data menunjukkan wanita mengalami kesengasaraan pada saat 10 usia yang terakhir berbanding yang hanya 6 tahun dalam jaminan kesejahteraan hidup di akhir usia. Persoalan wujud apabila mempunyai umur yang panjang tetapi tidak sejahtera. Isupengiktirafan ibu sama seperti bapa dalam menentukan hak kerakyatan kanak-kanak diprotes di mahkamah tinggi baru-baru ini. Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Sosial terhadap wanita masih juga tiada kepastian.

Senario global menunjukkan kenyataan daripada Forum Ekonomi Dunia menjangkakan bahawa ia memerlukan masa 170 tahun untuk mencapai kesaksamaan gender di peringkat global. Persoalannya adalah Malaysia bagaimana. Apabila bercakap soal kesaksamaan gender, bukan bermakna apa yang lelaki dapat, perempuan kena dapat juga. Tetapi substantive equality atau equity iaitu meletakkan sesuatu pada haknya.

Senario bagi kanak-kanak pula adalah mereka perlu mendapat kawasan bermain yang selamat.Sumber alam yang mencukupi dan terjamin kualiti untuk generasi muda, air untuk Kawasan hijau dan sebagainya. Tempat tinggal yang menjamin maruah mereka.Terdapat kes terutamanya dari kawasan rumah PPRT. Kanak-kanak ini ingin ke sekolah dan dicabul dalam perjalanan tersebut. Kanak-kanak jugak mempunyai hak untuk keselamatan untuk hak mereka. Sistem jaringan keselamatan untuk kanak-kanak ini juga harus diperkuatkan lagi.  Musim pandemik, terdapat banyak kes sumbang mahram. Kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko.

Dalam konteks Belia pula, soalannya wujud sama ada belia kita mendapat hak mereka untuk mengundi bagi menunaikan hak mereka di dalam negara demokrasi. Sepatutnya, hak Belia perlu difahami dengan peranan yang mereka miliki dalam negara yang berdemokrasi untuk berpatisipasi serta penentuan masa depan mereka. Mereka melepasi usia kanak-kanak, boleh bekerja boleh berkahwin dan memiliki harta tetapi masih ditangguhkan hak untuk mengundi bagi menentukan calon pilihan mereka. Wujud persoalan untuk“Freedom of Choice” terhadap mereka. Sedangkan peratusan golongan muda ini tinggi. Percakapan mengenai “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” begitu mudah untuk dilafakan. Namun, pengaplikasiannya sangat rendah sekali. Namun, Majlis Belia Malaysia telah banyak melibatkan ramai belia untuk menggalakkan bekerjasama dalam idea pembangunan negara. Data terkini pengganguran menunjukkan seramai 202,400 pada tahun 2020 dan peningkatan sebanyak 22.5% daripada tahun 2019  serta seramai 773 000 orang  pada Feb 2021. Kita tidak boleh mengatakan belia untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan sebagainya sekiranya jaringan itu ada dan tiada. Perkara ini perlu diambil tindakan yang tepat dan benar dalam mengatasi krisis ini. Seharusnya rujuk kembali kepada konsep rukun negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada tuhan. Sekiranya jujur tindakan ambil, ini akan menjadi lebih amanah.

Senario Malaysia menggambarkan beberapa air bersih mengalami pencemaran seperti pembuangan sisa toksik. Contohnya adalah pencemaran di Sungai Kim-Kim. Dokumentari memaparkan sungai tersebut tiada hidupan dengan air yang sudah dicemari dengan toksik. Jerebu hampir setiap tahun berlaku. Udara bersih yang makin tercemar dengan pencemaran udara seperti perlepasan asap. Seperti di Muar Johor, hasil tanaman kebun-kebun tidak dapat diperolehi apabila aktiviti-aktviti kilang yang haram. Pembakaran hutan seperti hutan simpan dan sebagainya. Negara ini mempunyai senator dan ahli dewan rakyat yang menyuarakan pandangan mereka ini. Namun wujud persoalan sama ada suara mereka ini benar-benar diambil kira. Bukan sekadar jawatan sahaja yang perlu dilihat tapi kepastian sama ada suara mereka benar-benar didengari. Contohnya adalah seperti kesihatan terjejas dengan sungai yang tercemar. Sumber untuk minuman juga terjejas.

Isu yang baru ini adalah sejahterakah kita dalam konteks kesejahteraan. Isu paralimpik dimana atlet paralimpik zayd telah memenangi acara dalam sukan tersebut. Namun, pingat  tesebut ditarik kembali dan diberikan kepada atlet Ukraine.Serangan padu melalui media sosial terhadap Ukraine bertubi-bertubi oleh netizen Malaysia. Persoalan wujud dalam sukan paralimpik sekiranya negara ini merdeka dari segi kemenangan yang retorik. Kritikan dan komen yang diberikan itu seolah-olah tidak menggunakan landasan rukun negara sebagai asas. Senario masyarakat Malaysia secara umum dapat dilihat dalam data peluang perkerjaan dimana pekerja yang memperjuangkan hak mereka dalam isu pandemik dan sebagainya di antara majikan dengan pekerja. Antara kes adalah pekerja yang baru keluar dari MAEPS Serdang hari Jumaat dan Hari Isnin diminta masuk bekerja. Seharusnya pekerja ini perlu diberikan kuarantin dan betul-betul sihat sepenuhnya. Perkara-perkara empati masih kurang dalam isu seperti ini.  Peluang dan ruang untuk berpolitik secara matang.Peluang jaringan internet-Echo,Bifrost dan Apricort. Antara negara yang menggunakan jaringan internet adalah seperti Jepun, Taiwan, Filipina dan Singapura. 

Hak rakyat diterjemahkan lebih jelas semasa musim pandemik.Senario ini jelas di Malaysia adalah diterjemahkan melalui pengibaran bendera putih. Tindakan ini adalah menggambarkan penterjemahan rakyat dalam menyatakan hak mereka untuk mendapatkan bantuan asas untuk kekal meneruskan kehidupan. Namun, terdapat dikalangan mereka yang dilarang untuk mengibarkan bendera putih di sesetengah kawasan. Kecelaruan ini kepada rakyat kerana mereka ini disuruh duduk rumah dan tanpa berkerja serta mempunyai apa-apa pendapatan. Ini menjejaskan kehidupan mereka. Kemajmukan yang lebih luas merentas negara. Kemajmukan daripada pelbagai negara,bangsa, kaum dan agama diperlukan untuk bersatu padu dalam menangani isu pandemik ini.

Secara keseluruhannya, IPCOX menunjukkan kesejahteraan hidup bersama dalam kepelbagaian di Malaysia berada pada tahap “Sederhana” sahaja dimana skor purata IPCOX adalah sama dengan 75.6. Ini bermakna terdapat pelbagai ruang untuk di tambah baik.Dari kaji selidik ini, Domain Agama berada pada tahap yang memuaskan dengan skor 81.5 menunjukkan bahawa ia adalah salah satu domain yang menyumbang kepada kehidupan damai bersama dalam kepelbagaian di Malaysia.Pemahaman mengenai agama yang berlainan serta keperluan untuk menghormati aspek keagamaan bagi masyarakat  Malaysia adalah sangat baik. Bagi rakyat yang beragama, mereka semakin tinggi dalam melakukan ibadat dan zikir-zikir.

 Ia berkait rapat dengan skor Pendidikan sebanyak 71.4 yang juga menunjukkan ke arah kebaikan. Selain daripada kedua-dua domain tersebut, Domain kesihatan juga berada pada tahap yang memuaskan yang memaparkan skor tinggi iaitu 77.1. Bagi Domain psikososial, ekonomi dan politik, ketiga-tiga domain ini perlu diperbaiki dengan meneroka lebih mendalam lagi aspek-aspek berkaitan ketiga-tiga domain memandangkan skor mereka berada pada tahap yang kurang memuaskan  dimana skor adalah antara 50 hingga 59. Selain itu, peranan media diperlukan dalam membantu membentuk perpaduan Malaysia. Domain media dengan skor 67.3 pada tahap sederhana dan perlu diperincikan lagi untuk penambahbaikan.

Dasar Perpaduan negara perlu dirombak dan ditambahbaik. Realiti semasa rakyat Malaysia sentiasa bersatu apabila melibatkan aktiviti kesukanan dan berkumpul bersama. Tidak bermakna tidak makan di kedai mamak bersama dan menonton sukan bersama tidak boleh merapatkan lagi jurang ukhwah bersama. Persoalan wujud sama ada perpaduan hanya terletak di kalendar kuda sahaja yang hanya bergantung kepada musim perayaan sahaja. 

Naratif pendidikan demokrasi adalah penting. Paling penting sekali individu yang membawa naratif ini juga perlu diambil kira. Menurut Allahyarham Dr. Siddiq Fadzil, guru itu adalah seperti mata panel, sekiranya rosak mata panel itu, rosaklah tulisannya.

Selain itu,  pemuliharaan niat dan hala tuju. Ini adalah diperlukan dalam perspektif sosial masyarakat Malaysia ketika ini. Pengaplikasian perpaduan adalah perlu difikirkan secara total dimana diperlukan “walk the talk” untuk pelaksanaannya. Selain itu, menampakkan kepentingan kesatuan secara realiti dan bukan sahaja di atas kertas. Di samping itu, program kolobrasi kaum adalah secara lebih kerap dan menghadamkan perkara-perkara dalam rukun negara secara terperinci daripada individu, keluarga dan komuniti. Pada akhir sekali dibacakan sajak erti merdeka yang ditulis oleh beliau sendiri.

Catatan semasa Webinar Hari Merdeka & Hari Malaysia 2021

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish