“KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS DALAM MELAPORKAN KEADAAN EKONOMI KEPADA RAKYAT”

“KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS DALAM MELAPORKAN KEADAAN EKONOMI KEPADA RAKYAT”

0 0

KEMERDEKAAN DAN DEMOKRASI DARI PERSPEKTIF EKONOMI

Oleh Tricia Yeoh, CEO IDEAS

Apabila berbicara tentang kemerdekaan dan demokrasi dari perspektif ekonomi, satu soalan yang boleh dijadikan kayu ukur sama ada ekonomi di Malaysia sudah cukup baik ialah, sama ada ekonomi sedia ada menyokong rakyat untuk mencapai cita-cita dan impian mereka? Sebelum menjawab persoalan ini, ada tiga perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu iaitu peranan dan keterlibatan kerajaan dalam ekonomi, kebertanggungjawaban dan ketelusan kerajaan dan akhir sekali keadaan ekonomi pasca covid19. Pertama, melalui kajian yang dilakukan, sekiranya penglibatan kerajaan di dalam sektor ekonomi terlalu tinggi, terutamanya di dalam Government Linked Company (GLC), akan menghalang pesaing kecil bersaing dengan lebih baik. Akibatnya peniaga kecil akan berkurangan dan akan memberi kesan negative terhadap ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu mengurangkan keterlibatan dengan mengurangkan bilangan GLC.

Kedua, kerajaan perlu lebih telus dalam melaporkan keadaan ekonomi kepada rakyat. Dengan itu, rakyat akan menjadi lebih peka dan dapat menyuarakan keperluan mereka seterusnya membantu kerajaan menjadi lebih responsif dalam merangka polisi-polisi berkaitan ekonomi rakyat. Dalam erti kata lain, ini akan mewujudkan sistem semak imbang yang lebih baik antara kerajaan dan rakyat.

Selain dari itu, kerajaan juga perlu lebih telus dalam merangka dan melaporkan belanjawan. Sistem perolehan kerajaan juga perlu ditambahbaik dengan mewujudkan akta tanggungjawab fiskal. Ketiga, untuk ekonomi pasca Covid19, buat masa ini kita belum mempunyai data tepat yang mengukur kesan sebenar Covid19 dan lockdown. Antara data yang diperlukan ialah kadar kemiskinan pasca Covid19 yang akna membantu merangka polisi yang lebih berkesan. Selain dari itu, kesan terhadap perlindungan sosial juga perlu diperhatikan. Contohnya selepas pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-sinar, i-citra dan i-lestari, pastinya wang persaraan akan berkurang, justeru kerajaan perlu memikirkan inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan perlindungan sosial yang mencukupi. Antara cadangan yang dikemukakan supaya semua perlindungan sosial dikumpulkan menjadi pusat sehenti dan kerajaan bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai pekerjaan tidak formal.

Kesimpulannya, bagi menjawab persoalan sama ada ekonomi sedia ada menyokong rakyat untuk mencapai impian mereka, jawapannya ialah tidak dan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti yang dibincangkan sebelum ini, Justeru banyak penambahbaikan perlu dilakukan untuk mencapai ekonomi sosial yang maju, mantap dan lestari, bukan hanya untuk generasi kini, tetapi juga generasi akan datang.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish