Ucaptama 1
“Menyorot Kemerdekaan Malaysia ke-64: Cabaran dan Harapan”
Prof Dato Dr Mohamad Redzuan Othman, Naib Canselor dan Presiden Universiti Selangor merangkap Pengerusi Eksekutif, Institut Darul Ehsan
Pendahuluan
Kita telah merayakan Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 64 dan Insha’Allah beberapa hari lagi akan merayakan Pembentukan Malaysia. Kita melihat masyarakat tahun ini tidak bersemangat merayakan kemerdekaan lebih-lebih lagi pada tahun ini negara berhadapan dengan isu pandemik. Walaupun begitu sambutan kemerdekaan merupakan tarikh yang penting kerana tarikh kita dibebaskan oleh penjajahan. Walaupun adanya polimik betulkah Malaysia ini dijajah atau tidak dijajah pelbagai perspektif berkaitan perkara ini bagi pengkaji mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka berpendirian sedemikian.
Perkara yang perlu disentuh ialah bagaimana masyarakat Malaysia melihat kemerdekaan. Generasi baru mungkin tidak dapat merasai perbezaan kerana tidak berada dizaman penjajahan tetapi mereka mengharapkan perubahan yang bertambah baik untuk Malaysia. Sebaliknya jika ditanya kepada mereka yang berusia 70 tahun keatas mereka boleh menceritakan kisah perjuangan yang berlaku untuk mendapatkan kemerdekaan.
Hari ini masyarakat Malaysia dapat merasai hidup aman damai bahagia melalui proses yang telah berlaku sejak 64 tahun yang lalu oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita wajib untuk memahami perkembangan sejarah kemerdekaan bagi menghayati dan menghargai makna kemerdekaan itu sendiri.
Dua perkara yang boleh dibincangkan ialah Proses kemerdekaan yang berlaku dalam negara ialah proses ini mengambil masa yang panjang dan melibatkan pelbagai golongan dan kelompok. Yang kita tahu kemerdekaan 1957 adalah perjuangan Tunku Abdul Rahman peranan beliau dalam melakukan rundingan dengan British yang akhirnya kemerdekaan diishtiharkan pada 31 ogos 1957.
Disamping perjuangan Tunku dan rakan-rakannya, proses kemerdekaan turut melibatkan pelbagai pihak dan sumbangan banyak kelompok yang perlu diiktiraf supaya golongan ini tidak merasa dipinggirkan. Proses ini harus diteliti, dilihat dan difahami bagi menghargai pihak atau kelompok lain yang turut menyumbang kepada kemerdekaan negara. Perlu dan wajar untuk masyarakat memberikan perhatian kepada mereka yang turut memberikan sumbangan dalam proses kemerdekaan ini.
Apabila penjajahan datang termeterailah Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 selepas itu satu demi satu bahagian negeri-negeri diletakkan dibawah pentandbiran British. Masyarakat Melayu pada ketika itu adalah masyarakat feudal yang berada dalam keadaan sangat lemah dari segi sosial, akedemik, politik dan ekonominya yang membolehkan British untuk menjajah tanah melayu.
British menjajah tanah melayu kerana Tanah Melayu merupakan sebuah rantau yang amat kaya dengan hasil buminya. Bijih timah merupakan perebutan kuasa-kuasa barat, selain itu getah pula menjadi tumpuan utama kepada penjajahan. Tanah Melayu yang kaya memberikan manfaat kerana menjadi kawasan tumpuan dan menjadi musibah terjadi apabila dijajah. Kekaya Tanah Melayu yang tidak memberikan manfaat kerana kaya itu menyebabkan tanah melayu menjadi rebutan.
Kesan pengeploitasi biji timah British terpaksa membawa masuk warga asing bermula kemasukan daripada China dan India. Sebelum 1974 lombong bijih timah dikuasai oleh pembesar-pembesar Melayu. Golongan bangsawan ini membawa masuk warga Cina untuk mengusahakan perlombongan bijih timah dan setelah itu berlaku pergaduhan antara dua kongsi gelap besar yang menyebabkan pengeluaran bijih timah terganggu. Pembesar-pembesar Melayu tidak dapat mendamaikan dan mengelakkan pergaduhan ini menyebabkan campurtangan British. Kemasukan orang cina sebelum penjajahan British lagi. Antara sebab perjanjian pangkor ialah perebutan tahta, mendamaikan orang cina dan membolehkan pengaliran bijih timah berterusan kerana ia merupakan keperluan British pada ketika itu bagi mewujudkan keamanan di negeri tanah melayu terutama di perak dengan ini membolehkan British mengeploitasi bijih timah dengan lebih besar dan banyak.
Kemasukan beramai-ramai buruh tamil daripada india. British menempatkan penempatan yang berbeza bagi setiap kaum untuk memastikan keharmonian. Bermakna waktu ini orang melayu perlu berkongsi dengan bukan melayu dan British yang pada ketika itu orang melayu masih mengamalkan ekonomi sara diri, ekonominya lemah pendidikan mundur dan politiknya dikuasai oleh British.
Dalam waktu kemuduran ini, pada 1906 satu kumpulan orang melayu yang mendapat pendedahan di timur tenggah telah menerbitkan sebuat surat khabar yang berjudul al Iman. Kebangkitan masyarakat melayu yang menyeru supaya orang melayu bangkit dan sedar bahawa bangsa mereka bangsa yang lemah, mereka dijajah dan mereka mengamalkan islam bukan berpandukan alquran dan sunnah ini menyebabkan mereka menjadi bangsa yang lemah dan terpinggir jika tidak melakukan perubahan. Walaupun hanya dua tahun terbitan al-Imam tetapi telah menyebabkan perubahan dalam masyarakat darsegi pemikiran.
Tokoh seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Mohamad Salim al-Khalali, Syed Mohamad bin Aqil, Sheikh Abbas Taha dan Abdullah Abdul Rahman memainkan peranan supaya masyarakat melayu kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan menyedari mereka ini adalah bangsa yang lemah. Oleh itu kebangkitan dan kesedaran dalam masyarakat melayu bukan digerakkan oleh golongan nasionalis tetapi oleh golongan agama. Lebih empat dekad golongan inilah yang mengerakan pelbagai gagasan bagi membangunkan masyarakat Melayu.
Edisi pertama membangunkan masyarakat melayu daripada tidur membawa kepada perkembangan pemikiran dan berteraskan islam bersandarkan kepada element keislaman yang dipelopori oleh tokoh Islam. Mereka dilabelkan dengan pelbagai label kerana pemikiran mereka ini bercanggah dengan satu kelompok yang sedia ada.
Tugas menyebarkan bagi membolehkan pemikiran ini dikembangkan oleh penglibatan masyarakat, sudah tentu memerlukan komitmen Langkah pertama melalui surat khabar 1906 sehingga 1942 pelbagai majalah seperti al hikmah, neraca, saudara, pengasuh dan sebagainya diterbitkan untuk menyedarkan masyarakat melayu. Syed Sheikh al-Hadi mengorbanankan seluruh tenaganya untuk menyedarkan masyarakat melayu bermula ke singapura kemudian, beliau memaikan peranan penting untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat melalui semua medium yang ada. Beliau sampai mencagarkan rumah untuk menerbitkan akhbar beliaulah pengarang, penyusun perkataan dan beliau terlibat dalam seluruh proses mencetak.
Medium kedua penyebaran pemikiran ini ialah melalui Madrasah dalam tempoh 1906 bermula di Singapura, Melaka, Pulau Pinang dan diikuti seluruh tanah melayu. Madrasah sistem Pendidikan yang hampir sama dengan system Pendidikan vernikular yang menggunakan Bahasa ibunda dan mempunyai tempoh pengajiannya, mata pelajaran dan pembelajarannya lebih sistematik. Madrasah itu diasaskan bagi membolehkan pelajar-pelajar ini menghadapi persaingan daripada sekolah vernikular. Kesedaran ini meluas kepada seluruh tanah melayu. Dato Onn diterima sebagai tokoh dan beliau berkempen menggunakan madrasah untuk menyampaikan ucapan dan menentang Malayan Union. Kesedaran-kesedaran inilah ditanam inilah yang membolehkan masyarakat melayu bangkit selepas 1946.
Isu kedua ialah tanah melayu mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah. Walaupun begituia melibatkan kesengsaraan dan pengorbanan sebagai contoh pada 1906 Syed Sheikh Hadi dan rakan-rakannya terpaksa berkorban harta dan sebagainya. Sebenarnya ramai lagi yang telah berkorban sebelum ketadatangan British dan Jepun menyerah kalah pada 1945 berlaku tempoh 14 hari yang tidak ada pemerintahan ketika itu Bintang tiga mengganas ditanah melayu, berlaku dijohor muar, batu pahat hampir diseluruh penempatan yang ada Melayu dan Cina berlakunya pergaduhan.
Orang melayu tidak ada tempat untuk bergantung timbul kesedaran, satu-satunya tempat bergantung adalah Kembali kepada agama islam bergantung kepada Allah SWT untuk mempertahankan diri mereka daripada dibunuh dan dianayai daripada Bintang Tiga. Kesedaran ini telah wujud sejak adanya peranan ulama pada kesedaran 1906 perlu kembali kepada alquran dan sunnah untuk mereka menjadi terus kuat.
Dalam perjanjian pangkor British tidak masuk campur dalam agama dan adat istiadat orang melayu. British tidak menggalakan kegiatan mengkristiankan orang melayu. Sebagai contoh British mengelakkan untuk menyentuh hal yang berkaitan agama, Tuan Moore orang British yang hidup cara orang melayu bertujuan untuk mengkristiankan orang melayu, beliau telah dipanggil kemudian British menghantar beliau ke pulang ke England. British menggalakan orang melayu pergi haji. Malahan British akan memastikan orang Melayu yang pergi haji dalam keadaan pergi dan balik dengan selamat. British juga menyediakan pegawai haji bagi menjaga Jemaah haji di Mekah dan British sangat menjaga kebajikan orang pergi haji kerana mendapat keuntungan daripada segi penggunaan kapal dan sebagainya. Kesimpulannya kebajikan orang ke Mekah dijaga untuk menjamin keselematan bagi mengelakkan sebarang wabak yang akan menjejaskan ekonomi.
Kerana sikap orang melayu yang tidak agresif berbanding kebanyakkan rakyat negara lain, British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada golongan kanan dengan beberapa persetujuan yang terpaksa diterima yang tidak boleh dipersoalkan antaranya orang melayu menerima 3juta orang bukan melayu diterima untuk mencapai kemerdekaan.
Setelah merdeka masyarakat melayu masih terpinggir sehingga berlaku peristiwa 13 mei yang membawa kepada penyusuanan masyarakat dan dasar ekonomi baru bagi membolehkan ketidak seimbangan ini diperbaiki. Menjelang kemerdekaan Dawn Raid Serbuan waktu subuh yang melibatkan Datuk Ismail Ali, Tan Sri Khalid dan beberapa orang lain berjaya mengambil alih semula Gutrie yang sebelum ini diambil oleh orang British secara percuma membawa pulang hasil negara ke negara mereka walaupun setelah 20 tahun merdeka.
Sebagai masyarakat majmuk kita harus hidup dalam masyarakat yang majmuk ini sebagai kekuatan. Sering ditimbulkan dalam kebanyakan negara majmuk itu sebagai satu kegagalan tetapi bagaimana di Malaysia kita menjadikan masyarakat majmuk itu sebagai satu model kebersamaan. Ini juga yang mendorong institut Darul Ehsan memperkenalkan Fiqh Taayush al-Silmi iaitu Peaceful Coexistence seperti yang hidup bersama secara aman dan damai dalam kepelbagaian. Mengharhagai sumbangan almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang membuka gagasan ini. Beliau telah meninggal dunia pada hari bersejarah 31 Ogos 2021.
Average Rating