“KONSEP DEMOKRASI DAN PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA: CABARAN, HALANGAN DAN MASA DEPAN”
“Erti kemerdekaan sebenar adalah bangsa dan rakyat yang menikmati kebebasan. Haiwan dan tumbuhan juga memerlukan kebebasan. Kebebasan adalah hak tabii (semulajadi) untuk semua,”
(Dato’ Dr. Siddiq Fadzil: 2007, Memperingati Kemerdekaan: Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat)
Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang diraikan pada 31 Ogos dan 16 September saban tahun adalah suatu manifestasi rakyat dalam memaknai erti kemerdekaan. Namun, sejauh manakah kebebasan, perpaduan kaum dan kesejahteraan kehidupan sosial masyarakat di Malaysia yang hidup dalam pluraliti. Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 2019 menyatakan keadaan perpaduan kaum di Malaysia adalah dalam situasi ketegangan stabil. Hal ini dapat dilihat dalam situasi wabak Covid-19, konsep perpaduan kaum yang saling membantu antara satu sama lain menjadikan Malaysia sebagai contoh konsep masyarakat majmuk di peringkat antarabangsa.
Namun demikian, hubungan integrasi perpaduan kaum ini boleh terjejas dengan isu-isu sensitiviti melibatkan politik. Justeru, wacana hubungan demokrasi dan pembinaan bangsa Malaysia ini dicadangkan bagi membincangkan secara tuntas perihal-perihal yang berkaitan. Wacana ini juga dicadangkan dijalankan sebanyak dua hari secara khusus melibatkan pelbagai dimensi perbincangan melibatkan teori, praktikal, cabaran, halangan dan panduan masa depan. Diharapkan agar wacana dua hari ini dapat melahirkan cadangan-cadangan kepada pembuat polisi, pemegang taruh, ahli akademik, ahli politik, dan agen-agen sosialisasi masyarakat.
Tarikh: 14 dan 20hb September 2021 (Selasa & Isnin)
Masa : 9:00 pagi – 4:30 petang
Pendaftaran: http://bangsamalaysia.eseminar.my/
Metodologi: Pembentangan kertas kerja & Perbincangan menerusi forum dengan menggunapakai medium dua hala dan sesi interaksi dijalankan.
Aluan oleh:
Tuan Haji Amidi Abdul Manan, Ketua Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi IDE
Perasmian oleh:
YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor
Pembentang Hari Pertama (14hb September 2021, Selasa)
1️⃣ Prof Dato Dr Mohamad Redzuan Othman, Naib Canselor UNISEL & Ketua Eksekutif IDE
2️⃣ Prof Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Felo Penyelidik Kanan ATMA UKM
3️⃣ Tuan Idzuafi Hadi Kamilan, Pengerusi REFORM
4️⃣ Puan Tricia Yeoh, CEO IDEAS
5️⃣ Prof Dr Haslinda Abdullah, Profesor Fakulti Ekologi Manusia UPM & Pengerusi FAME
6️⃣ YB Tuan Chua Wei Kiat, ADUN Rawang
7️⃣ Tuan Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Pengerusi GPMS Selangor
8️⃣ Cik Nicole Siaw Chong Lin, Pengerusi (Dilantik) UKEC 2021/2022
9️⃣ Tuan Ahmad Farid Sainuri, Presiden Majlis Belia Sabah


Usaha untuk mewacanakan dan meratakan kefahaman pembinaan Bangsa Malaysia dengan menyorot sejarah, merungkai permasalahan dan merenung masa depan adalah amat penting demi pembinaan Bangsa Malaysia yang komprehensif sejajar dengan arus modenisasi. Justeru, program dua hari ini amatlah bermakna dan memberi impak sosial terhadap pembangunan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.
Program ini juga menitikberatkan elemen Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ketiga (Kualiti dan Kesejahteraan Hidup), keempat (Pendidikan) dan keenam belas (Keharmonian, Kesepaduan dan Keadilan Sosial).
http://bangsamalaysia.eseminar.my/
Average Rating