Mencari Di mana Ada Akal Yang Tersimpan
Menjelang siang aku cari lagi
Malam tadi pun telah kuselongkar
Sepanjang hari ini akan terus kucari
Manalah tahu, mungkin terjumpa nanti
Ya, mengapa begitu elusif sekali
Mengapa akal yang kucari begitu terus tersembunyi
Dahulu pernah ada terpamer di mana mana walau hanya seketika
Dahulu akal itu
dipilih oleh 52 akal berakal
Dahulu akal itu dinobat oleh akal siuman
Dahulu akal itu di atas bukan di lutut
Tiba tiba akal itu dilucut
Diganti akal temucut
Kini aku kembali mencari akal yang hilang
Kucari kuselongkar kubongkar
Di atas bumbung di bawah lantai di dalam almari di dalam laci
Di segenap ruang segenap sudut kucari
Ruparupanya di bumi Malaya indah permai ini
Orang sudah tidak perlukan akal
Bukan kerana bumi ini dipenuhi orang buta lalu dperintah oleh pemilik sebelah mata
Tetapi otak ada semuanya diswasta demi sekeping roti sepalit mentega.
Buatlah apa saja mereka tak peduli apa
Pilihlah si kurap si capik si buta si bisu si pekak
Letaklah mereka di singahsana kuasa
Upahlah mereka dari keringat derita rakyat
Biar mereka menyondol membaham bak haiwan lapar
Biar mereka mendodoikan kita dengan retorika merdeka
Bicara ketuanan dan raja
Tazkirah masuk syurga bersama penunggang agama
Dan kita terus mencari akal yang hilang lesap entah kemana
Ahkarim
280821,
Assyajarah, kuala nerang.
Average Rating