SEGMEN NEGARAKU BERSAMA YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR

SEGMEN NEGARAKU BERSAMA YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR

0 0

SLOT 3
Segmen Khas IDE: Negaraku
08 Julai 2021|Khamis|5:00 petang
Tetamu: YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin
Hos: Pak Ya & Tok Abah

Merujuk kepada trending yang berlaku di media sosial antaranya #KerajaanGagal kepada #KerajaanRuntuh memaparkan keadaan semasa dan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan pada masa kini. Menurut panel, tiada cara yang paling bermaruah melainkan Perdana Menteri Malaysia sekarang ini meletakkan jawatan dan urusan selanjutnya diserahkan kepada institusi Istana untuk menjalankan pemilihan yang baharu dengan semangat apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kini, keadaan menunjukkan Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa dan autoriti sebagai Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan pimpinan UMNO yang menarik sokongan terhadap beliau. Maka tiada jalan lain yang lebih terhormat melainkan beliau meletakkan jawatan melalui jalur demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Panel turut mengulas bahawa sepatutnya langkah yang sama berlaku sebagaimana ketika jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini iaitu apabila BERSATU yang merupakan salah satu parti komponen PH telah menarik sokongan dan pada hari esoknya Tun Mahathir meletakkan jawatan tetapi malangnya setelah UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri tetapi tiada suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mahiaddin Yasin meletak jawatan. Tambahan pula, respons Peguam Negara dalam kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mengesahkan lagi keabsahan kedudukan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan Presiden UMNO, hal ini jelas menunjukkan penarikan sokongan tersebut adalah disebabkan oleh kerangka kerajaan yang gagal bahkan rakyat sudah mula menunjukkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan kerajaan sekarang ini melalui ciapan-ciapan di media sosial. Ruang telah diberikan oleh ahli parlimen dan rakyat kepada kabinet menteri untuk menguruskan keadaan tetapi dilihat tiada hasil malah kerangka demokrasi berpalimen itu seolah-olah tiada kerana tiada timbal balas kepimpinan yang hanya boleh dibuat melainkan secara persidangan parlimen. Dalam pengurusan pandemik dan koordinasi vaksin, panel turut mengatakan sepatutnya kenyataan yang dikeluarkan memberikan penjelasan pelan kerajaan secara holistik untuk mengekang pandemik Covid-19 ini bukan sekadar peralihan fasa malah seharusnya keyakinan dan kepercayaan diberikan kepada rakyat melalui pelan-pelan yang dirancang. Akhirnya, panel turut menjelaskan tiga fokus utama yang digerakkan oleh Pakatan Harapan sekiranya mendapat mandat memerintah kerajaan antaranya kesihatan, ekonomi dan pendidikan.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish