SEGMEN NEGARAKU BERSAMA TUAN AMEER ALI

SEGMEN NEGARAKU BERSAMA TUAN AMEER ALI

0 0

SLOT 2
Segmen Khas IDE: Negaraku
08 Julai 2021| Khamis| 2:30 petang
Tetamu: Ameer Ali
Hos: Pak Ya & Tok Abah

Perbincangan kali ini adalah mengenai pemikiran strategik dan keadaan semasa dalam mendapatkan penyelesaian alternatif dalam pengimplementasian terhadap situasi yang berlaku. Pengenalpastian ini adalah dalam memastikan tiada kesalahan yang kerap kali berulang dan alterntif pengimplemenatasian adalah bersesuaian dan berkesan. Masalah pengurusan kegagalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah lambat bertindak. Kelambatan tindakan pentadbiran pemerintahan beliau seperti tidak mengambil isyarat daripada keadaan global menangani pandemik Covid-19 dalam pembangunan strategik dan kaedah digunapakai seterusnya menyebabkan statistik semasa menunjukkan peningkatan kes di Malaysia. Akibatnya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia menjadi lebih buruk daripada gelombang kedua kepada gelombang ketiga. Perbandingannya adalah statistik di dunia dan negara lain adalah berbeza dan menunjukkan kadar lebih baik.  Kegagalan ini adalah menyebabkan kepada kelemahan sistem kemudahan kesihatan negara apabila sistem kapasiti utiliti terjejas. Antara kegagalan lain adalah tiada nilai ambang yang dimaklumkan penggunaanya secara konsisten semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kedua dan ketiga.

Secara umumnya, kes adalah kurang daripada 4 ribu tetapi yang berlaku adalah purata penduduk kurang daripada 12.2%. Muncul kekeliruan dalam pengumuman angka catatan kes harian. Catatan kes saringan komuniti penduduk perlu diselaraskan dengan angka harian mengikut negeri. Isu yang berlaku ada negeri yang melakukan ujian saringan komuniti seperti usaha dijalankan Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri yang tidak menjalankann ujian tersebut. Kegagalan lain adalah seperti masalah pengagihan vaksin yang tidak berlaku secara adil dan saksama. Selain itu, masalah pengurusan negara yang tidak menetapkan SOP PKP secara khusus atau lebih tepat seperti sering diubah-ubah. Masalah ini telah menyebabkan kecenderungan kepada rakyat yang sering tidak dapat mengetahui dan memahami secara lebih khusus. Kelemahan dalam pengurusan ini adalah berkaitan dengan urus tadbir sistem tata kelola negara. Seharusnya, pentadbiran negara perlu mempunyai latar belakang pemikir yang serius dalam menangani pandemik ini. Badan Pemantau Pengurusan perlulah bertindak dengan lebih telus dalam menangani pandemik ini. Ketidaktelusan itu menyebabkan sistem pendemokrasian negara semakin terjejas dan proses semak dan imbang itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Badan Pemantau perlu menjadi lebih telus agar tindakan kerajaan tidak menjejaskan sistem demokrasi negara serta kesejahteraan rakyat. Proses semak dan imbang perlu berlaku agar kesejahteraan sistem pendemokrasian dapat terbela dengan perbincangan dan perbahasan dalam persidangan parlimen.

Akhir sekali, tindakan daripada pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional ini telah mempengaruhi kegagalan Perdana Menteri dan kabinet Menteri secara kolektif yang terlibat mengakibatkan kesejahteraan rakyat terjejas dengan faktor tekanan kehidupan dan berlakunya masalah gelombang politik semakin keruh. Oleh sebab itu, perkara ini diperbahaskan dan diperbincangkan bersama agar gambaran yang jelas dapat diperolehi bersama.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish