SEGMEN NEGARAKU BERSAMA PROF DATO DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

SEGMEN NEGARAKU BERSAMA PROF DATO DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

0 0

Segmen Khas IDE: Negaraku
08 Julai 2021| Khamis| 11:30 pagi
Tetamu: Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman
Hos: Pak Ya & Tok Abah

Penarikan sokongan ahli Parlimen UMNO melalui pengumuman oleh Presidennya Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid semalam sekali lagi mencetuskan dinamik baharu dalam landskap politik dalam negara. Tetamunya Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE bersama pengulas Senator Hj. Ismail Yusop @ Tok Abah yang merupakan Ahli Dewan Negara dan pengacara tetap Pak Ya

Setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri. Ahmad Zahid Hamidi semalam IDE juga telah mengeluarkan infografik kedudukan terbaru kerusi di Parlimen supaya rakyat mengetahui isu yang berlaku, informasi dan maklum balas supaya rakyat dapat berfikir secara rasional, apakah langkah yang dibuat ini baik atau tidak untuk membawa kepada paradigma yang baharu.

Peneraju utama IDE Prof Dato’ Dr. Redzuan Othman menerangkan kejadian yang berlaku semalam iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyebut arahan-arahan dikeluarkan tidak jelas merupakan sesuatu yang menimbulkan kegelisahan, menyukarkan dan menyulitkan dalam suasana yang kritikal ini kerana kita perlukan arahan jelas dalam konteks yang disebutkan “gagal, gagal, gagal”. Memang betul diakui kegagalan kerajaan hari ini dan perkara ini yang menyusahkan rakyat. Rakyat perlukan pembelaan dan saya sendiri memang terjejas dengan peraturan-peraturan yang tidak jelas. Negara lain telah keluar daripada permasalahan ini, dengan adanya arahan yang jelas. Contohnya antara kementerian dengan kementerian perlu jelas tentang arahan yang dikeluarkan, kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang tidak jelas. Dalam keadaan sulit dan menyukarkan kemana halatujunya. Perkara yang kita anggap bukan keperluan (non-essential) seperti dobi, keperluan asas lain hardware, rumah bocor, doa sahaja yang mampu supaya tidak berlaku tiada pilihan lain selain tetap akur. Arahan perlu jelas ini adalah keadaan darurat, jika tidak ini akan menjadikan keadaan darurat dalam darurat.

Panel turut menerangkan demokrasi berparlimen di Malaysia mengikut amalan Westminster System yang mempunyai nilai integriti dan dihormati. Secara kebetulan, Malaysia merupakan antara negara jajahan Britain. Ahli parlimen di Britain mempertahankan integritinya seperti Cameron walaupun mendapat mandat daripada rakyat tetapi kerana terdapat pertikaian sokongan Britain untuk bersama EU, maka dia meletak jawatan. Jika di Britain keadaan seperti ini sudah berlakunya peletakan jawatan tetapi sehingga kini kerajaan kita masih tidak mengumumkan apa-apa.

UMNO merupakan parti yang paling lama memerintah. UMNO mempunyai kekuatan kepentingan dari akar umbi dan kelompok-kelompok berkepentingan. Saingan perebutan kuasa oleh BERSATU dan UMNO setelah mereka bekerjasama semata-mata untuk menjatuhkan PH. Sebelum ini telah ada ura-ura untuk mengharamkan UMNO. Anwar Ibrahim sangat menghormati sejarah UMNO dalam kemerdekaan dan sejarah UMNO dalam perjuangan orang Melayu adalah yang perlu dipertahankan. Hal ini menyebabkan Anwar Ibrahim lantang pertahankan parti UMNO daripada diharamkan. Usaha yang diibuat oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam adalah untuk survival UMNO jika berterusan dalam Pakatan Nasional.

Selepas PRU 2018, dinamika politik negara menunjukkan satu parti besar tidak mungkin boleh memerintah berbanding gabungan parti-parti politik. Kekuatan pemerintahan jatuh apabila parti-parti gabungan keluar daripada UMNO setelah kerajaan UMNO gagal dalam PRU 2018. Kini, kedudukan kerusi Parlimen selepas UMNO isytihar keluar PN pada 7 Julai 2021, data IDE menunjukkan blok kerajaan sebanyak 77 kerusi, manakala blok pembangkang bertambah kepada 143 kerusi. Hal ini boleh dipersoalkan tentang kejelasan integriti kerajaan apabila UMNO secara jelas mengumumkan keluar daripada PN.

Jika kita menjadikan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan sebagai model yang patut diikuti selaras dengan Westminster System hal ini pasti sudah selesai. Sebagai kerajaan yang bermaruah, kerajaan perlu membuktikan mendapat sokongan rakyat dan menyerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik dan untuk menilai semula siapa yang mendapat mandat rakyat. Bertukar kerajaan adalah bertukar dasar atau approach tetapi tidak mengubah daripada segi keselamatan dan kegiatan harian seperti yang digembar gemburkan untuk menakutkan.

Kredit kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi “better late than Never”. Jika kita lihat harini kemarahan rakyat berleluasa tindakkan kemarahan itu kepada pemerintah dengan kata-kata kesat dan hal ini juga akan menjejaskan kepada sesiapa yang berkait. YDPA terpaksa masuk campur, kemarahan kepada YDPA yang perlu kita jaga kerana itu merupakan tunggak negara kita institusi-institusi ini tidak sepatutnya terpalit dalam kemarahan ini sedangkan bukan kesalahan mereka. Oleh itu, apa yang berlaku hari ini adalah usaha untuk membetulkan keadaan kerana melibatkan rakyat. Rakyat mengharapkan pengorbanan rakyat mendapat balasan. Jangan perjudikan nyawa rakyat, ramai yang berkelayakan dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish