“SOCIAL IMPACT ASSESSMENT (SIA); ELEMEN PENTING BAGI MENCAPAI SDG”

“SOCIAL IMPACT ASSESSMENT (SIA); ELEMEN PENTING BAGI MENCAPAI SDG”

0 0

Kupasan bersama Prof. Dr. Mohd Shahwahid Haji Othman,
Ketua Penyelidik MSR Inspire Professional Services
Pengulas Pn Azmariana Azman Eksekutif, Penyelidikan IDE
Hos Sdr. Hanif Ahmad, Eksekutif IDE
Isnin 21hb Jun 2021, 05:00 petang

Puan Azmariana Azman Eksekutif Penyelidikan IDE menerangkan Social Impact Assessment (SIA) atau dalam bahasa Melayunya Penilaian Impak Sosial merupakan sub unit kepada Environmental Impact Assessment (EIA) atau Penilaian Impak Pesekitaran. SIA mula dikenali di United States US pada sekitar tahun 1970-an dan menjadi popular di Malaysia pada tahun 2003. Dalam Dasar Negara Modal Ekonomi Baru terdapat tiga element kemampanan yang dicatat antaranya Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Kemampanan Alam Sekitar, Inklusiviti Sosial.

Inklusiviti Sosial antara elemen yang ditekankan kerana setiap pembangunan yang dijalankan di kawasan urban mahupun di kawasan rural mesti melibatkan komuniti kerana komuniti merupakan elemen yang penting dalam pembanggunan. Sebagai contoh kita tidak boleh melakukan pembangunan dengan menidakkan hak-hak komuniti setempat untuk mencapai kepada pembangunan yang mampan maka Social Impact Assessment (SIA) menjadi salah satu elemen penting dalam pembangunan atau bagi mencapai sustainable development goals.

Prof. Dr. Mohd Shahwahid Haji Othman yang merupakan Ketua Penyelidik MSR Inspire Professional Services menerangkan tentang kepentingan SIA terutamanya bagi projek-projek yang melibatkan kawasan-kawasan sensetif kepada alam sekitar dan manusia secara umum. Kajian pada peringkat awal tentang sosial lebih berkait dengan Social Economic Analysis dan kemudiannya impaknya oleh sebab keperluan ketika itu. Dalam laporan EIA Economic bergantung pada projek perception yang akan dipelopori oleh jabatan alam sekitar. Tetapi akhir-akhir ini pelaporan SIA diperlukan untuk pembangunan yang pesat.

Laporan SIA berbanding dengan laporan penyelidikan yang lain. Research report SIA tertakluk dengan format manual laporan SIA yang dikeluarkan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa). Sosial Impact perubahan tangible dan intangible impact terhadap society dan komulatif impak. Impak kumulatif atau impak terkumpul ialah perubahan yang berlaku secara total apabila terlaksananya sesebuah projek pembangunan kepada sesebuah komuniti dan merupakan kesan-kesan yang berturutan dan terkumpul daripada semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pemaju-pemaju lain yang berdekatan.

Keadaan ini berlaku akibat kesan terkumpul yang mempengaruhi keperluan komuniti dalam pelbagai bidang kehidupan mereka, sama ada secara kecil sementara atau kekal, kesan atau impak secara keseluruhan ini penting kepada komuniti. Seterusnya, projek baru tidak semestinya berlaku di tapak baru atau tiada pembanggunan sedia ada. Contoh impak kamulatif ialah kesesakan jalanraya yang telah sedia buruk dan diburukkan lagi dengan pertambahan jumlah kenderaan dari projek pembangunan yang dijalankan.

Impak tidak hanya bersifat negatif impak yang berlaku mungkin juga menjadi impak yang positif. Impak ini dikenali sebagai Impak Intangible yang dijangka akan berlaku kepada sesebuah komuniti akibat terlaksananya sesebuah dasar, program atau projek pembangunan. Perubahan tersebut tidak boleh dikenalpasti atau diukur secara jelas (‘non-quantifiable’), seperti perubahan kepada keakraban perhubungan silaturrahim dalam sesuatu komunii akibat daripada sesebuah projek. Contohnya, kehilangan nostalgia zaman kanak-kanak.

Proses Penilaian Impak Sosial melibatkan perunding-perunding atau pengerak projek dalam menyediakan Laporan SIA melalui enam proses penilaian iaitu Saringan (Screening), Pembidangan (Scooping), Kajian Penentuan Data Asas, Jangkaan Dan Penilaian Impak, Mitigasi Dan Pelan Pengurusan Impak Sosial. Diikuti dengan proses Pemantauan oleh agensi pemantauan terhadap laporan SIA. Peringkat terakhir ialah peringkat penilaian dan Audit yang melibatkan jabatan kerajaan melalui konsultan yang dilantik untuk melaporkan kepada jabatan Alam sekitar atau jabatan yang berkaitan. Bilangan report SIA di Malaysia masih tidak banyak kerana SIA di Malaysia masih terlalu baru dan terdapat beberapa proses yang memerlukan masa untuk disiapkan.

Dalam laporan SIA untuk bab pertama dimulai dengan faedah-faedah yang terdapat dalam projek tersebut. Dalam bab kedua membentangkan bagaimana projek dilakukan kepada NGO, kerajaan dan masyarakat untuk menilai. Dalam laporan perlu memasukan elemen penting yang menyentuh kepada perancangan pembangunan negara, negeri atau daerah, antaranya RMK 11, NPP3, Relevant National Resource Policy of Activity, State Structural Plan dan Rancangan Tempatan Daerah. Laporan SIA perlulah mendapatkan kelulusan Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA yang telah ditubuhkan Bagi perunding atau pengerak projek, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah screening atau saringan. Proses penetapan ini dapat dikategorikan dengan tiga kategori SIA. SIA kategori pertama dan kedua pembentangan dibuat di Majlis Perancangan Fisikal Negara (MPFN), Putrajaya manakala bagi SIA kategori ketiga dibentangkan kepada pihak berkuasa negeri atau pembandaran. SIA Kategori 3 meliputi projek-projek yang akan ditentukan oleh PLANMalaysia@Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.

Oleh Siti Naquiyah

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish