TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN
Y.BHG PROF DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN,
TIMBALAN PENGERUSI / KETUA EKSEKUTIF IDE
- Bagi pihak Institut Darul Ehsan (IDE), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua yang sudi hadir pada hari ini dan menonton secara dalam talian (online) ke PERSIDANGAN MEJA BULAT : “INTEGRITI DAN TATAKELOLA NEGARA: DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA? yang dianjurkan oleh Institut Darul Ehsan (IDE).
- Dia-alukan juga kehadiran para panel yang telah bersetuju dalam sidang perbincangan hari ini iaitu;
- Muhammad Mohan, President Transparency International Malaysia,
- Dato’ Haji Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Kumpulan Karangkraf; (Tahniah kepada Dato’ yang kini aktif dalam usaha memberikan kefahaman kepada rakyat berkaitan isu bobroknya isu rasuah ini dalam masyarakat.
- Dato’ Abdul Samad Kasah, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM
- Ustaz Marwan Bukhari Abd. Hamid Penyelidik, Maqasid Institute Malaysia.
- Cik ‘Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM)
- Encik Ooi Heng, Ketua Eksekutif Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- Pastinya dengan kehadiran semua panel jemputan, Sidang Diskusi kita pada hari ini akan lebih bermakna dengan kandungan pengisian saya yakin akan dapat memberi pencerahan dan pencerdasan berkaitan dengan pentingnya INTEGRITI dan TATAKELOLA pengurusan negara bagi menjamin rasuah dapat dihapuskan untuk meningkatkan kualiti demokrasi Malaysia.
- Semua sedia maklum bahawa negara dan dunia berhadapan pendemik COVID 19. Justeru kita dalam suasana hari ini terpaksa mengamalkan norma baru dengan pelbagai langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil berat. NAMUN, ianya tidak menghalang kita semua untuk meneruskan aktiviti keilmuan dan pendidikan bagi membangunkan minda dan sikap khalayak masyarakat.
- Di peringkat IDE, kami terus komited menjalankan program-program bersifat dalam talian atau online dalam menghadapi pendemik COVID19. Antara program tetap yang telah kami susun dalam talian ialah;
- Siri Fakta & Analisis setiap Isnin jam 5:30 petang.
- Sudut Pandang Tok Abah, bersama Senator Hj Ismail Yusop setiap Rabu jam 8:30 malam
- Forum Demokrasi dan Bicara A to Z setiap Khamis jam 8:30 malam.
- Cendok Pak Ya setiap Jumaat, jam 530 petang bersama kepimpinan politik semasa.
- Santai Ahad, pada jam 10 pagi setiap hari ahad.
- Kami juga kini sedang menjalankan Survei Mood Rakyat # Mood of the Nation secara dalam talian melibatkan seluruh negara. Mohon kerjasama semua untuk sama-sama berpatisipasi menjawab survei ini yang hanya mengambil masa 3 minit anda menjawab soalan. Layari moodrakyat.survei.my atau ke laman web IDE.
Saudara dan Saudari sekalian;
- Hari ini kita akan berbicara berkaitan isu yang taboo dalam masyarakat iaitu RASUAH. Ia satu gejala yang jika tidak dibendung akan menjadi racun dan kuman dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia boleh menghancurkan satu sistem negara bahkan satu tamadun. Saya amat beresar hati Dr. Muhammad Mohan, President Transparency International Malaysia, yang akan berkongsi dengan kita dapatan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI) iaitu skor sebanyak 51/100 dan kedudukan 57/180 buah negara. Mari kita fahami data-data yang beliau akan kongsikan. Tidak kurang juga nanti perkongsian dari panel-panel lain yang berwibawa untuk melihat isu ini dengan lebih tuntas.
- Apa yang penting bagi saya ialah bagaimana kita boleh berusaha bersama-sama membentuk satu ekosistem kehidupan yang penuh integrit, berprinsip dan bebas dari rasuah. Ekosistem ini harus dibina dengan komitmen luar biasa semua pihak dan pelbagai generasi, untuk memperkukuhkan maruah kita di mata masyarakat Malaysia dan dunia.
Hadirin dan Hadirat yang dikasihi.
- Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosi satu kursus baru yang diperkenalkan oleh UNISEL iaitu SARJANA SAINS POLITIK (Secara Penyelidikan) secara sambilan atau sepenuh masa. Program Master ini mendapat pengiktirafan MQA dan kita mengalu-alukan pelbagai pihak termasuk orang-orang politik dan wakil rakyat untuk turut sama menambah ilmu dan menjadi pemimpin yang berkualiti dari segi ilmu dan teras akadmiknya. Saya merasakan ini penting bagi melahirkan pemimpin politik yang matang dan berwibawa.
Hadirin dan hadirat sekalian;
- Saya mengharapkan DISKUSI pada hari ini mampu memberikan impak positif bagi membina masyarakat yang lebih berilmu, bijak memahami isu semasa dan berintegriti tinggi dalam politik yang sihat dan bermoral. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada setiap pihak yang bekerjasama menjayakan program kita pada hari ini.
Sekian, Terima kasih.
Average Rating