KAFE DEMOKRASI: PILIHAN RAYA – APA YANG ANDA PERLU TAHU

KAFE DEMOKRASI: PILIHAN RAYA – APA YANG ANDA PERLU TAHU

0 0

SHAH ALAM, 28 Januari – Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan Malaysia (APDK) telah mengadakan Kafe Demokrasi bertemakan “Pilihan Raya: Apa Yang Anda Perlu Tahu” dengan menampilkan Saudara Hasanul Isyraf Naim, Pengarah Akademi Pilihan Raya (APR), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Saudari Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bual bicara online ini telah dihoskan oleh Cikgu Amidi Abdul Manan, Ketua Kluster Politik dan Pendemokrasian IDE dan Saudara Amsyar Effendy, Mahasiswa Tahun Akhir Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bual bicara yang berdurasi 1 jam ini telah disiar secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Institut Darul Ehsan. Kafe Demokrasi yang telah dijalankan menerangkan kepada penonton tentang proses pilihan raya di Malaysia, peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mempromosi kesedaran pilihan raya kepada masyarakat, dan juga persoalan-persoalan kepentingan pilihan raya dalam proses demokrasi di Malaysia.

Menurut Saudari Fatin Nur Majdina, pilihan raya merupakan pesta hari raya bagi sebuah sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih wakil mereka. Selain itu, kewajiban untuk rakyat turun mengundi ibarat memberi satu kesaksian kepada hak mereka. Sebagai pengundi juga, kita perlu memilih kriteria pemimpin yang baik dan adil.

Menurut Saudara Hasanul Isyraf, Malaysia mengamalkan sistem ‘First-Past-The-Post (FPTP)’ yang bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan, pilihan raya kita juga mengamalkan setiap bahagian akan ada wakil, dan calon pilihan raya adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin bertanding.

Bual bicara ini juga telah mendapat pelbagai reaksi penonton di atas talian seperti persoalan persoalan dakwat hitam, kelebihan dan keburukan sistem FPTP yang diamalkan, dan juga program kesedaran yang dijalankan. Di akhir rancangan, hos telah merumuskan isi perbincangan dan memaklumkan Kafe Demokrasi akan dijalankan setiap bulan pada hari Khamis minggu keempat.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish