SEMINAR ANTARABANGSA PEMIKIRAN SYED HUSSEIN ALATAS: LEGASI ILMUWAN DAN PERJUANGAN
Syed Hussein Alatas (1928-2007 merupakan ahli akademik terkemuka negara khususnya didalam bidang sosiologi. Beliau pernah berkhidmat dan berkecimpung dalam dunia akademik di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Singapura. Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah merupakan karya magnum opus yang melonjakkan nama beliau sebagai seorang pemikir yang ulung. Di dalam tulisan dan karyanya, beliau selalu menyinggung perihal pemikiran yang jumud (minda tertawan) dan pembangunan masyarakat yang tidak seimbang. Bagi beliau masyarakat dan negara akan rosak apabila rasuah, kelakuan tidak berakhlak dan intelektual korup terus berleluasa.
Dengan hormatnya kami menjemput Ybhg Tuan/Puan menghadiri Seminar Antarabangsa Pemikiran Syed Hussein Alatas sempena 14 tahun pemergian beliau. Maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut:
Topik: Seminar Antarabangsa Pemikiran Syed Hussein Alatas
Hari/waktu: Jan 23, 2021 09:30 AM – 01:00 PM Kuala Lumpur
ZOOM ID: 843 5156 1172 / Passcode: SHUSSEIN
Pautan: https://us02web.zoom.us/j/84351561172?pwd=MExJMnp6a2FOdU1xa00zMkt4RDVpQT09
Siaran langsung di: https://www.facebook.com/i.epistemology
Pendaftaran dalam talian: https://forms.gle/LBv6YbzcqUorBnok6
Program:
09:30: Ruangan ZOOM dibuka
10:00: Ucaptama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Moderator: Dato Dr. Muhammad Nur Manuty
10:30: Diskusi Panel:
- Prof. Dr. Syed Farid Alatas
- Prof. Dr. M. Amin Abdullah
- Prof. Dato Mohamad Abu Bakar
11:30: Perbincangan & soal jawab
13:00: Bersurai
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Syazwan di talian 013-3333272
Kehadiran Ybhg Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan. Sekian.
Wassalamu alaykum wrh wbt.
Penganjur:
International Institute of Islamic Thought East Asia (IIIT)
Dengan kerjasama:
- Ikatan Cendekiawan Muslim Malaysia (ICMA)
- Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI)
- Ikatan Cendekiawan Muslim Asia Tenggara (ICMA)
- Institut Darul Ehsan (IDE)
- Lestari Hikmah
- ILHAM Books
- Reading Group Singapore
- Gerakbudaya
- Tintabudi
- Futures Malaysia
Average Rating