Persidangan Meja Bulat: Isu Perpaduan & Anti-Diskriminasi di Selangor
Oleh: Fahmi Adzha
Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa IDE, diketuai oleh YB Senator Hj Ismail Yusop, telah menjalankan Persidangan Meja Bulat (RTD): Isu Perpaduan & Anti-Diskriminasi di negeri Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Pusat KOMAS, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Universiti Selangor (UNISEL). RTD ini telah dihadiri oleh 45 orang jemputan daripada pelbagai NGO, Ahli Akademik dan Think Tank. Antara wakil organisasi yang hadir ialah, En Helmy Mohd Yahya, Pen Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor, Pejabat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna & Industri Halal, Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), WADAH Pencerdasan Umat (WADAH), WADAH Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Selangor, Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME), Persatuan Belia HARMONI Malaysia, Kesatuan Generasi Madani Selangor (KGMS), Architects of Diversity (AoD), Projek Wawasan Rakyat (POWR), Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) UNISEL, FNF Malaysia, Pertubuhan SALWA Kebangsaan, Chief Human Rights Strategist Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Sisters in Islam, Pertubuhan IKRAM Malaysia, IDEAS dan Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor.

RTD ini dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Ketua Eksekutif, Institut Darul Ehsan (IDE) dan Encik Jerald Joseph, Pesuruhjaya, Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Malaysia. Sesi RTD ini dimoderatorkan oleh Cik ‘Atiqah Sya’irah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM), juga merupakan salah seorang ahli Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa IDE.


Sesi Pembentangan yang pertama telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Haslinda Abdullah, merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia, juga merupakan Ahli Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa IDE. Beliau telah membentangkan “Hasil Kajian Rintis: Persepsi Masyarakat Di Lembah Klang (Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang) Terhadap Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian”. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk menentukan domain dalam hidup bersama dalam kepelbagaian, mengenal pasti faktor-faktor dalam hidup bersama dalam kepelbagaian dan membangunkan indeks hidup bersama dalam kepelbagaian serta melibatkan 410 responden bersama 16 enumerator.
Antara rumusan yang dikongsikan secara keseluruhannya, IPCOX menunjukkan kesejahteraan hidup bersama dalam kepelbagaian di Malaysia berada pada tahap “Sederhana” (Skor Purata IPCOX=75.6). Ini bermakna terdapat pelbagai ruang untuk di tambah baik. Daripada kaji selidik ini, Domain Agama berada pada tahap yang memuaskan dengan skor 81.5 menunjukkan bahawa ia adalah salah satu domain yang menyumbang kepada kehidupan damai bersama dalam kepelbagaian di Malaysia. Pelan tindakan yang dicadangkan oleh beliau, antaranya ialah i) penambahbaikan domain dan item IPCOX, ii) kaji selidik harus dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan iii) pembentangan serta perkongsian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pembentangan kedua adalah daripada En Ryan Chua, Koordinator Program Pusat KOMAS. Pembentangan Ryan Chua adalah berkaitan dengan Pusat KOMAS Racial Discrimination Report & Code of Conduct for the Promotion of Equal Opportunities through the Elimination of Racial Discrimination. Pembentangan adalah hasil daripada projek anti-diskriminasi Pusat KOMAS bersama Penang Institute di Pulau Pinang.
Tujuan Code of conduct tersebut adalah untuk memberikan garis panduan yang praktikal untuk membantu dan menggalakkan syarikat perniagaan tentang cara-cara melaksanakan polisi untuk menghapuskan diskriminasi dan meningkatkan peluang sama rata. “Kod Tatakelakuan” ini tidak mempunyai sebarang kewajipan undang undang, atau pernyataan undang undang yang berwibawa. KOMAS mengharapkan agar “Kod Tatakelakuan” ini menjadi platform/ permulaan untuk mengamalkan amalan anti diskriminasi di negeri Selangor.


Kemudian, Sesi komentar pula berlangsung dengan komentar daripada Prof Dr Ghazali Basri. Antara isi penting pandangan beliau ialah Malaysia negara bertuah dengan kepelbagaian dengan berbilang kaum dan toleransi yang tinggi dan ternyata agama memainkan peranan yang penting. “Intra-Faith” adalah antara yang menjadi faktor yang penting dalam kebersamaan. Agama dapat menjadi faktor penyatuan dan harmoni. Namun, dapat juga menjadi faktor masalah.
Seterusnya komentar daripada Dr Charanjit Kaur daripada UTAR. Beliau menyentuh berkenaan Nilai Keserataan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak dinampakkan. Disebabkan Keanekan ragaman masyarakat Malaysia sangat sempit menyebabkan Masyarakat Malaysia sukar untuk menyatakan masalah dengan lebih jelas. Beliau turut menambah, dalam proses pemamahaman dalam memahami kesataraan, tidak salah menggunakan peristiwa sejarah dengan menerapkan sifat tolak ansur serta saling memahami. Intrepetasi yang salah menyebabkan perbezaan etnik yang lain tidak diterima.
Selain itu, komentar seterusnya ialah Sdr Ng Ming Yip daripada IESAD, UNISEL. Beliau menyatakan bahawa banyak terma yang menggambarkan sikap dan persepsi yang negatif terutamanya sifat salah faham yang akhirnya diekspresikan dalam tindakan. Beliau turut mencadangkan, dua perkara memainkan peranan penting dalam negara iaitu Perlembagaan Malaysia mempunyai unsur-unsur yang penting seperti Agama islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan dan dikembangkan. Rukun Negara juga memainkan peranan penting dalam menghapuskan diskriminasi.
En Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin (ABIM), memberikan penekanan terhadap pendekatan masyarakat sivil untuk lebih praktikal dan tidak hanya bercakap soal common values. Satu persoalan turut dinyatakan ialah bagaimana kita boleh mengangkat kepimpinan daripada etnik yang lain.

Sesi RTD ini dirumuskan oleh YB Senator Hj Ismail Yusop dengan pernyataan This is not beginning of the end, if we don’t shape the future then the future will shape us. Beliau menambah, dalam konteks Pembinaan Bangsa, Isu perpaduan adalah bukan suatu isu yang baru. Dalam RMK-12 adalah perkara terakhir yang perlu dilaksanakan. Soal keterbukan dan penerimaan dalam menerima sifat the equality, participation dan empowerment mengenai isu diskriminasi lebih dikaitkan dengan isu hak asasi manusia. Perbahasan mengenai isu perpaduan harus dilihat dengan lebih mendalam. Kita sememangnya mengerti bahawa kita dalam situasi yang aman. Namun, kita perlu ada sifat berani dalam menyatakan pandangan dan luahan perasaan agar kita dapat membentuk kefahaman isun perpaduan. Perkara yang boleh dipelajara mengenai perpaduan dan kemanusiaan dalam sejarah yang lepas. Selain itu, perkara ini perlu diuruskan dengan berhati-hati. Plurality adalah anugerah dalam kehidupan beragama ini. “it’s about a knowledge-based society“. Kita juga perlu menerima bahawa sistem liberalisasi bahasa demokrasi bersifat Democracy freeodom accountability. Kita perlu berlaku adil untuk dapatkan kesamarataan.

Average Rating