Pusat Kajian Maqasid Shari‘ah Institut Darul Ehsan (IDE) telah menganjurkan sebuah program Wacana Isu Semasa Faraid dari perspektif Maqasid Shari‘ah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pertubuhan Pemerkasaan Kekeluargaan (FAME) hari Rabu bersamaan 25 November 2020. Ia telah dijalankan secara webinar dalam talian (online) dan telah mendapat penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 250 orang peserta samaada yang hadir secara webinar atau menonton secara langsung di facebook dari dalam dan luar negara seperti Indonesia. Para peserta yang hadir merupakan para Hakim Syari‘e, peguam Syar‘ie, ahli akademik, pelajar dan badan NGO malah lebih menarik lagi apabila program ini juga dihadiri oleh warganegara yang selain agama Islam.



Fokus program ini adalah sebagai sebuah platform untuk memberikan pencerahan kepada masyarakat umum mengenai asas dan teori ilmu faraid dan ia dibahaskan dari aspek Maqasid Shari‘ah dan juga penerangan mengenai isu semasa Faraid di Mahkamah Syariah serta tindakan waris apabila berlaku kematian juga disentuh oleh para panel jemputan. Wacana ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal dan ucapan penutup telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE). Antara panel yang dijemput memberikan pengisian ialah:
Sesi 1 : Faraid dari Perspektif Maqasid Shari’ah, disampaikan oleh Dr. Ahmad Irdha’ Mokhtar, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam (FPI). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sesi 2 : Isu Semasa Faraid di Mahkamah Syariah, Pn. Fadhlina Siddiq, Timbalan Presiden, Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME).
Sesi 3 : Faraid : Tindakan waris setelah berlaku kematian?, Ust. Ahmad Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal , Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Pihak penganjur juga mengadakan “Polling Online”. Berikut adalah beberapa dapatan menarik sepanjang Wacana dilangsungkan.




Average Rating